Pakai Stoking Sewaktu Berpantang, Kenapa?

Sudah menjadi adat melayu, sewaktu berpantang selepas melahirkan anak, wanita tersebut akan memakai stokin dan tidak kurang pula ada yang mengenakan pakaian sejuk. Ingin ditanya, segan pula. Kami ada jawapannya.

berpantang

Petua Nenek Moyang

Pemakaian stokin atau baju sejuk sudah menjadi lumrah buat bangsa melayu sejak turun temurun lagi. Ia bertujuan mengekalkan haba dalam badan dan mengelakkan seseorang itu masuk angin. Sekiranya dibiarkan ,seseorang itu boleh terdedah kepada sakit sendi ataupun bentan.

 

Sebagai Peringatan Waspada 

Ada pendapat lain juga mengatakan  pemakaian stokin ketika pantang adalah untuk mengingatkan orang lain supaya berjaga-jaga akan orang yang sedang berpantang. Petua tempatan juga mengatakan, melanggar ibu jari kaki ibu berpantang boleh menjejaskan rahim. Jadi, sekiranya ibu memakai stokin, orang sekeliling akan berwaspada dan akan berjalan dengan berhati-hati bagi mengelakkan dari terlanggar kaki ibu berpantang.

130407090835_1_900x600

 

Dari Sudut Sains

Manusia banyak kehilangan haba melalui tapak kaki. Pemakaian stokin adalah baik untukmenyimpan haba dan mengekalkan suhu badan yang optimum. Menyentuh tapak kaki secara langsung ke lantai yang sejuk kemungkinan boleh mengubah suhu badan ibu dengan drastik dan apabila badan menjadi lebih sejuk, penyembuhan dalaman selepas bersalin mungkin akan terganggu.

Selepas bersalin, perubahan sel darah pada saluran darah ibu akan berlaku. Yang paling ditakuti ialah darah beku pada salur darah dibetis kerana ibu selepas bersalin sudah tentu kurang aktif bergerak, hanya duduk-duduk atau baring sambil menyusukan bayi. Pengaliran darah yang tidak lancar terjadi dalam keadaan ini dan meningkatkan risiko darah beku. Pemakaian stokin boleh membantu mengecutkan otot bahagian betis dan menggalakan pengaliran darah.

Semasa mengandung pula, salur darah pada bahagian kaki ibu terdedah untuk mengembang dan ini juga meningkatkan risiko untuk pembekuan darah dalam salur darah di betis. Pemakaian stokin dapat membantu untuk melancarkan pengaliran darah dan mengelakkan darah beku.

Pilih Stoking yang Bersesuaian

Pemilihan stokin yang bersesuaian juga penting. Stokin yang sering dicadangkan oleh pakar perubatan ialah stokin yang ketat ataupun dipanggil compression stockings yang biasa sering digunakan oleh ahli fisioterapi. Namun, tidak salah juga jika anda ingin memakai stokin yang dijual di pasar raya. Yang penting selesa dan selamat.

 

The post Pakai Stoking Sewaktu Berpantang, Kenapa? appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment