MIA AHMAD ADA HUBUNGAN CINTA DENGAN PEMAIN BOLA SEPAK JDT?

imagePelakon Mia Ahmad menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang ikatan istimewa dengan penjaga gol pasukan bola sepak, Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan. Mia berkata, hubungan mereka sekadar teman biasa dan masih belum terfikir soal cinta.

“Saya bukan hendak bersikap hipokrit apabila diajukan soal peribadi tetapi dakwaan kami sedang bercinta sama sekali tidak benar. Kami berdua hanya berkawan biasa sahaja dan tidak lebih daripada itu,” katanya.

Mia Ahmad

Mia Ahmad

Mia berkata demikian sebagai mengulas khabar angin mengenai hubungannya dengan Izham selepas lelaki berkenaan membuat kejutan hari jadinya di sebuah kafe di Johor Baru baru-baru ini.

Menjelaskan mengenai sambutan hari jadi berkenaan, Mia berkata, dia menganggap perkara itu diperbesar-besarkan kerana ia dilakukan oleh seorang pemain bola sepak terkenal.

“Ada lagi beberapa rakan saya yang mengadakan majlis kejutan untuk saya tetapi orang tidak memberi perhatian kerana mereka bukan figura dikenali. Sebab itu ada masyarakat cepat merumuskan majlis berkenaan istimewa tetapi sebenarnya bukan seperti apa disangkakan,” jelasnya.

Mohd Izham Tarmizi Roslan

Mohd Izham Tarmizi Roslan

Dalam pada itu, Mia berkata, dia tidak akan berselindung sekiranya benar mereka mempunyai hubungan cinta tetapi buat masa ini dia menegaskan hubungan mereka sekadar rakan biasa.

“Saya kenal dia sebagai kawan biasa sahaja dan untuk mengenali hati budi masing-masing saya memang tiada masa kerana sibuk dengan kerjaya. Begitu juga dia. Pada saya dia seorang lelaki yang baik dan itu sahaja yang boleh saya katakan,” ujarnya.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment