Asyik tertanya-tanya, apakah helah solekan yang diamalkan ramai selebriti buat wajahnya tampak segar dan menawan bila keluar dari rumah? Mungkin beberapa yang disenaraikan di bawah ini telah dicuba mereka.
TAMPIL BERANI. Memang lebih ‘selamat’ jika menggunakan tona tanah pada solekan mata kerana sudah tentu ianya tidak akan jadi salah, tetapi kalau selalu sangat dengan warna sama saja, lama-kelamaan wajah anda pun nampak sama saja. Apa kata gunakan rona yang lebih berani seperti biru atau hijau pada solekan mata. Bertatih dulu dengan yang lembut. Lihatlah hasilnya yang luar biasa, buat wajah tampak lebih segar menawan.
PELEMBAP SEBELUM BEDAK ASAS. Mungkin sudah berkali-kali anda membacanya, tetapi tetap tidak terbuat. Tetapi, jika anda memakai bedak asas tanpa krim pelembap, kulit akan menyerap intipati pelembap dalam bedak asas. Sudahnya, makin terserlah kedutan dan tompok kering pada wajah anda.
SAMAR CELA DENGAN CONCEALER, BUKAN BEDAK ASAS. Jika anda cuba samar semua masalah kulit wajah dengan bedak asas, sebenarnya ia akan lagi menyerlahkan masalah kulit berkenaan daripada menyembunyikannya.
TIDAK PERLU BERBEDAK BILA USIA MENINGKAT 50-AN. Melainkan anda ada masalah kulit berminyak. Bedak biasanya melekap pada kedutan lantas membuatkan wajah lebih berbelak dan tampak tua.
PEDAP SEDIKIT GLOS PADA TENGAH BIBIR BAWAH. Trik ini akan buat bibir anda tampak penuh, lantas memudakan penampilan wajah anda. Elakkan rona gincu gelap, kerana boleh buat bibir anda tampak kecil.
Foto: ING Image
The post Lima Helah Solekan Untuk Tampak Lebih Muda appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment