Minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil) mengandungi lemak tepu yang baik untuk tubuh badan termasuk mengurangkan berat badan, kesihatan kulit dan rambut juga pelbagai kebaikan lain.
Lemak tepu atau saturated fats yang terkandung dalam minyak kelapa tidak memudaratkan badan seperti mentega dan daging stik. Malah minyak kelapa bukan sahaja digunakan untuk memasak, namun ia bagus untuk kecantikan tubuh badan. Jelita senaraikan kebaikan minyak kelapa yang mungkin anda tidak tahu.
Minyak masakan
Minyak kelapa tidak seperti minyak masakan yang lain. Ia tidak hangus walaupun di atas suhu api yang tinggi malah lebih menyihatkan berbanding minyak komersial lain. Ia sangat bagus dan sesuai untuk semua jenis masakan, dari menggoreng telur sehingga menumis bahan rempah. Oleh kerana berbau harum, anda juga boleh campurkan sesudu minyak kelapa di dalam bijiran ataupun bersama oat untuk sarapan pagi.
Pelembap kulit
Minyak kelapa menyerap dengan pantas dan membuatkan kulit anda lembap dan lembut bak sutera sepanjang hari. Ia juga mengandungi fungsi anti bakteria dan dikatakan bagus untuk penyakit kulit seperti eczema. Anda juga boleh sapu pada kulit wajah sebagai pelembap muka dengan beberapa titis secara teknik urutan. Ia bertindak sebagai anti-penuaan, melindungi kulit daripada rosak akibat panas terik. Anda juga boleh oleskan pada bawah mata sebelum tidur bagi menghilangkan lebam dan kedutan. Minyak kelapa juga boleh dijadikan sebagai pembersih wajah terutamanya untuk menanggalkan mekap. Caranya dengan menggunakan kain bersih dan sapukan pada wajah dan di akhiri dengan tuala hangat.
Menggalakkan Pertumbuhan Rambut
Minyak kelapa melancarkan darah di bahagian kepala dengan cara urutan. Ini menggalakan pertumbuhan rambut baru malah turut membersihkan kulit kepala dari kelemumur. Caranya hangatkan minyak kelapa dan urut kepala anda selama 5-10 minit dan bilas dengan air suam. Ia juga membuatkan rambut anda lebih bersinar, lembap dan menguatkan akar rambut.
Mengawal Nafsu Makan
Minyak kelapa membantu menahan anda dari rasa mahu mengambil minuman bergula dan manis. Malah ia juga menahan rasa lapar yang kerap dan sebagai ejen pembakar lemak. Ambil sesudu minyak kelapa setengah jam sebelum makan, tiga kali sehari. Bagaimanapun anda di nasihatkan juga bersenam tiga kali seminggu dan amalkan diet seimbang ya! Ingat, pastikan anda menggunakan minyak kelapa dara.
The post Keajaiban Minyak Kelapa Dara appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment