Kami Tak Perlukan Orang Negatif Dalam Hidup

Pasangan selebriti, Nas-T dan Atita Haris dilihat antara pasangan yang bahagia dan romantis di laman sosial. Jom baca temuramah Jelita bersama pasangan yang baru sahaja dilantik sebagai duta Koleksi Raya Felinna Boutique ini.

IMG_0424

Bagaimana kehidupan selepas berumah tangga, terutamanya Nas-T yang baru pertama kali berkahwin?

Bagi saya ini adalah satu nikmat daripada Allah. Kehidupan saya kini lebih terurus dan saya galas tanggungjawab ini dengan sebaiknya apatah lagi perkahwinan ini , saya dikurniakan anak ‘segera’, Saya anggap ini semua anugerah dan sudah diaturkan oleh Allah. Alhamdulillah. Apatah lagi, Opi (anak Atita dari perkahwinan terdahulu) sangat manja dan rapat dengan saya. Saya rasa sangat bersyukur.

Adakah Nas-T sudah bersedia sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dan menjadi ‘Instant Daddy’?

Saya tidak pernah menyangka yang jodoh saya adalah dengan ibu tunggal satu hari nanti. Sebelum ini saya memang sudah lama bersedia untuk berkahwin tetapi masih tidak jumpa calon yang sesuai sehinggalah saya mengenali Atita. Bagi saya pertemuan kami adalah ibarat ‘incomplete puzzle’ yang akhirnya lengkap.

Atita pula bagaimana menghadapi situasi baru ini dan bagaimana menghadapi respon daripada pengikut di Instagram?

Saya selalunya tidak mempedulikan komen-komen yang bukan-bukan tetapi saya akan sekat akaun yang memberikan komen negatif terhadap status saya sebelum ini juga kehidupan saya. Lebih baik disekat kerana komen-komen macam ini akan berpanjangan dan menjadi berlarutan.

Nas-T: Sebab mereka ini tidak lihat dari sudut positif. Kami tak perlukan orang negatif dalam hidup dan kami tidak mahu mereka mempengaruhi orang lain pula.

Bagaimana dengan aktiviti di rumah. Siapa yang lebih pakar memasak?

Sebagai seorang atlet, saya makan makanan diet dan tidak makan di luar. Atita sudah pun aware dengan perkara ini jadi dia gabungkan resepi dia sendiri dengan menu diet saya. Lagipun Atita memang handal memasak.

Persediaan bulan puasa dan sambutan Aidilfitri kali ini?

Tahun ini adalah tahun pertama saya sebagai suami orang dan pertama kali sambut bersama sebagai suami isteri, jujur saya sangat teruja. Sebelum ini segala persiapan dan keputusan nak pakai baju melayu warna apa dibuat oleh ibu saya. Kali ini, kami berbincang bersama nak pilih warna apa dan Atita akan ikut saya beraya bersama keluarga saya terlebih dahulu di Kota Damansara.

Baiklah, mungkin ada pesanan kepada mereka diluar sana yang mungkin mengalami situasi seperti anda, berkahwin  dengan ibu/bapa tunggal khususnya?

Bagi Nas-T, jika dah suka teruskan sahaja niat untuk berkahwin kerana nikmat selepas berkahwin sangat indah. Apatah lagi bila kita tahu pasangan kita adalah yang selama ini kita dambakan. Jangan peduli dengan persepsi masyarakat yang penting ianya halal di sisi Allah. Jangan takut kerana semuanya adalah jodoh dan ketentuan Allah.

IMG_0425

Nas-T dan Atita Haris sebagai duta Koleksi Raya 2016 oleh Felinna Boutique

The post Kami Tak Perlukan Orang Negatif Dalam Hidup appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment