Jurusolek artis terkenal iaitu Tiar Zainal memberitahu solekan pada wajah pelakon dan pengacara Scha Alyahya yang dikatakan seperti berwajah ‘bapuk’ itu merupakan solekan yang belum selesai.
Tiar berkata, selain itu pencahayaan bilik yang terlalu terang membuatkan solekan pada wajah pelakon itu kelihatan tidak bersesuaian.
“Solekan yang dikatakan seperti bapuk itu sebenarnya belum siap lagi dan kalau tengok solekan selepas itu berbeza daripada dalam video yang dimuat naik Scha. Lagi pula pencahayaan bilik ketika itu terlalu ‘keras’ sehingga solekan tidak seimbang,” jelasnya.
Dalam pada itu tambah Tiar, solekan yang dilakukan terhadap wanita itu juga bersesuaian dengan acara televisyen yang kebiasaan lebih tebal berbanding solekan biasa.
“Solekan ada beberapa jenis dan mengikut kesesuaian acara mereka, jika untuk hadir majlis biasanya kita solek nipis sahaja. Bagi solekan untuk sesi fotografi majalah dan muncul di televsyen pula berbeza. Kita akan solek tebal agar lebih kelihatan menonjol di dalam televisyen,” ujarnya.
Sebelum ini solekannya pada wajah aktres Scha menjadi viral di laman sosial dan disamakan seperti seorang bapuk. Kutukan pengikut media sosial itu menyebabkan suami Scha iaitu Awal Ashaari membela isterinya dengan mengatakan biarlah seseorang itu menjadi bapuk asalkan berhati bersih.
0 comments :
Post a Comment