Jovian Mandagie tampil koleksi ‘Balik Kampung’

Bunga  3D, manik  tangan yang eksklusif dan mutiara Swarovski khas buat peminat rekaan Jovian Mandagie.

Sentuhan  kontemporari dua  budaya  di antara  Malaysia dan Indonesia disuntik dalam koleksi  baru ‘Balik Kampung’ hasil rekaan Jovian Mandagie. Koleksi ready-to-wear kali ini menampilkan gaya yang  sederhana dan berupaya menghidupkan  kembali  seni warisan  negara dengan  kepelbagaian fabrik  warisan seperti Batik  Malaysia, Batik Etnik, Santana Crepe, Thai Silk, Barber Chiffon,  printed Crepe, Satin, Corded  Lace dan pelbagai warna sertak dengan corak  Pua  Kumbu.
 BK_campaign5466
Koleksi klasik ini menampilkan sebanyak 32 rekaan untuk wanita dan 20 rekaan untuk lelaki. Untuk wanita, ia dihasil berdasarkan rekaan Baju Kurung Moden, Baju Kurung Kedah, Kebaya Moden, busana potongan duyung dan Peplum yang sentiasa mendapat tempat di hati peminat pakaian tradisional. Dengan  kepelbagaian  tona warna seperti maroon, ungu, hijau, peach, merah  jambu dan coklat, koleksi  ini  menawarkan pilihan yang cukup meluas.
BK_campaign4985

Dengan mengambil kira faktor perjalanan balik kampung yang mungkin mengambil masa yang agak lama, setiap rekaan  yang  dihasilkan menggunakan  material  yang  terpilih, bagi memastikan keselesaan kepada  si  pemakai  sama ada  lelaki  atau wanita. Berbeza dengan koleksi ready-to-wear sebelumnya, pelanggan   boleh   memakainya   secara   berpasangan   untuk   melengkapkan   tema   Aidilfitri mereka sebagai  sebuah  keluarga.

Bagi anda yang berminat, koleksi ini boleh dibeli di semua rangkaian JStore.

 

Foto: Jovian Mandagie

The post Jovian Mandagie tampil koleksi ‘Balik Kampung’ appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment