Jenis Haruman Yang Lelaki Mudah Tertarik Pada Wanita

Oleh : Farhana Fuad

 

shutterstock_370000451

Gambar : shutterstock

 

Haruman punya pengaruh hebat pada setiap orang, baik lelaki mahupun perempuan. Kadang-kadang jenis haruman yang disembur seseorang akan kita ingat dan terkenang-kenang. Satu-satu bau boleh jadisignature.

 

Ia ibarat satu simbolik pada diri seseorang. Ia juga mencerminkan personaliti diri. Haruman sensual selalunya punya lebih tarikan seksual dan sofistikated, manakala haruman flora akan menonjolkan imej feminin yang ketara.

 

Kali ini EH! mahu berkongsi jenis-jenis haruman yang mampu membuatkan lelaki tertarik, lebih-lebih lagi buat pasangan yang sudah berkahwin.

 

  1. Vanila

Ia adalah salah satu haruman yang buat lelaki mudah tertarik. Ia merupakan satu sumber natural afrodisiak, peningkat daya seksual dan secara semula jadi mampu mengurangkan tahap tekanan.

 

  1. Cendana

Haruman yang berasaskan cendana ini mempunyai aura seksi, romantis dan sangat relaks. Cendana juga mempunyai bauan yang hangat dan dikatakan menjadi tarikan buat jejaka.

 

  1. Kasturi

Ekstrak kasturi sering digunakan ke dalam penghasilan haruman wangian buat lelaki dan perempuan. Ia seakan campuran cendana dan vanila kerana harumannya yang warm dan sensual. Ia punya ciri-ciri tarikan seksual dan romantik.

 

  1. Oren

Wangian dengan sumber buah oren selalunya mempunyai bau yang segar, manis dan memikat buat lelaki.

 

  1. Lily of the Valley

Baunya yang manis dan lembut dikatakan agak cenderung menarik perhatian lelaki. Ia mencerminkan sisi personaliti feminin dan romantik seseorang.

 

The post Jenis Haruman Yang Lelaki Mudah Tertarik Pada Wanita appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment