ISTERI AMY SEARCH PERJELAS PUNCA SEBENAR MENENGKING YAZIT?

catsIsteri vokalis kumpulan Search, Amy iaitu Norhasniza Hassan mengakui tindakannya memarahi pemain dram kumpulan itu, Yazit adalah demi mempertahankan Search selepas dituduh penipu.

Nourish yang juga pengurus kepada Amy berkata, apa yang dituduh oleh Yazit sudah keterlaluan dan secara tidak langsung telah menyentuh maruah keluarganya.

“Siapa-siapa pun yang memburukkan keluarga terutamanya suami, saya akan bertindak mempertahankan maruah keluarga kami.

“Dia (Yazit) bukan sahaja memulakan pertengkaran tersebut malah menuduh suami saya penipu dan anggota Search yang lain sebagai pecah amanah.

“Saya tidak boleh tahan dan bertindak memarahi dia semula kerana bagi memberi kesedaran kepada dia tentang tuduhan tersebut salah,” ujarnya.

Sementara itu, Nourish berkata, Yazit seharusnya berterima kasih dengan apa yang dilakukan oleh ahli kumpulan tersebut dan bukan menyimpan sifat dengki dan iri hati.

Katanya, sepanjang konsert yang diadakan Search, mereka tidak pernah mengenepikan bayaran terhadap Yazit biarpun dia tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan itu kerana masalah kesihatan.

“Dia patut berterima kasih kerana kami bersengkang mata meeting sampai malam untuk urusan setiap persembahan dan biarpun dia tidak bersama kami tetap sediakan bahagian (wang) dia.

“Dia terima sama banyak dengan ahli lain dapat biarpun dia tidak sihat dan tidak boleh terlibat dengan persembahan tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Nourish berkata, biarpun mendapat kecaman oleh netizen kerana salah faham yang berlaku, dia tidak pernah menyesal dalam menegakkan maruah keluarga dan kumpulan itu.

“Saya tidak kisah orang kecam saya, apa yang saya buat adalah untuk keluarga saya dan Search sendiri,” ujarnya.

Sumber: mStar Online

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment