INI REAKSI NURUL SHUHADA ISU NETIZEN HINA WAJAHNYA?

hafidz2Pelakon Hafidz Roshdi memaafkan pengikut laman sosial yang melemparkan kata-kata kesat terhadap isterinya Nurul Shuhada dalam sebuah foto perkahwinan mereka yang dimuat naik di laman sosial Instagram.

Hafidz berkata, dia dan isterinya menerima perkara tersebut dengan terbuka dan menganggap ia mengajar mereka cara untuk lebih bersabar.

“Apa yang penting saya dan isteri bahagia dan bagi mereka yang menghina wajah isteri saya, dia (Nurul Shuhada)  menyampaikan salam dan mengucapkan terima kasih atas hinaan tersebut.

“Dia juga tidak terasa hati dan memaafkan siapa yang tidak berpuas hati dengannya, secara tidak langsung perkara ini juga mengajar erti kesabaran kepada kami,” ujarnya.

Selain itu, beberapa rakan artis seperti Emma Maembong, Kamal Adli, Saharul Ridzwan dan Micheal Ang turut berbalah dan menegur netizen atas sikap biadap terhadap isteri pelakon itu.

“Saya berterima kasih kepada rakan artis yang prihatin dan cuba membela saya apabila dikutuk oleh pengguna laman sosial. Tidak apalah, mereka yang kutuk itu beri pahala percuma sahaja pada saya dan isteri,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas tentang perkahwinan yang dikatakan mengejut itu, Hafidz berkata, keluarganya sememangnya merancang untuk melaksanankan majlis secara sederhana.

Katanya, dia bakal mengundang pihak media dan rakan-rakan pada majlis di pihak lelaki yang bakal berlangsung pada Ogos atau September depan.

“Kami memang buat sederhana atas permintaan keluarga dan Insya-Allah nanti di majlis belah lelaki saya akan jemput semua rakan-rakan dan media,” ujarnya.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment