Gaya Solekan Ke Pejabat Pilihan EH!

 

02J84634

Gambar: INGimages

 

Naikkan semangat  atau hidupkan mood ke pejabat dengan menggayakan solekan segar ke pejabat. Kami pilihkan gaya yang paling mudah untuk anda cuba.

 

BIBIR MERAH

Orang selalu kata merah adalah lambing keberanian. Ya, merah juga buat anda tampak menyerlah. Jika anda tidak berani menggayakan sedondon merah ke pejabat anda boleh percikkannya pada bibir. Calitan gincu merah memang boleh buat wajah naik seri. Jadi, kalau hendak Nampak segar dengan mudah pastikan gincu merah selalu ada dalam beg tangan anda.

 

PIPI MERAH JAMBU

Cara lain untuk Nampak segar ke pejabat ialah dengan melayangkan blusher pada pipi. Jika anda perasan, bila anda baru habis bersenam, anda akan lihat pipi anda merah-merah, Nampak sangat segar. Anda boleh jelmakan gaya ini dengan layangan pipi merah samar kala ke pejabat. Caranya mudah dan ringkas tapi berkesan. Kalau kulit anda kering, anda boleh cuba pemerah pipi dalam bentuk krim, dan jika kulit anda jenis berminyak gunakan jenis kompak atau serbuk.

 

BENTUKKAN KENING

Paling penting bila bersolek ke pejabat atau ke mana-mana sajalah, jangan lupa bentukkan kening. Kening adalah jendela wajah. Bentuk kening jugalah yang boleh mengubah bentuk muka seseorang. Untuk gaya kening yang tampak asli dan lebih sesuai ke pejabat elakkan menggunakan pensel kening warna hitam. Gunakan warna coklat gelap atau terang (bergantung pada ton kulit anda, cerah atau gelap). Beruskan kening terlebih dahulu kemudian barulah dibentuk menggunakan pensel. Tip mudah, bentukkan kening dengan melukis pada bawah kening, yakni berdekatan tulang kening. Dari situ anda sudah nampak bentuk kening. Kemudian calit ringan pada bahagian kening yang tidak lebat/rapat.

 

JANGAN LUPA MASKARA

Cara mudah nak serlahkan mata ialah dengan memakai mascara. Untuk ke pajabat saya sarankan anda pakai yang bukan kalis air (bukan waterproof). Mengapa? Kerana ia lebih mudah dibersihkan. Ya, saya tahu anda semua penat bila pulang bekerja, jadi lebih pantas membersihkan solekan jika menggunakan alat solek bukan kalis air.

The post Gaya Solekan Ke Pejabat Pilihan EH! appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment