Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Instagram Ministry of Moment
Dengan sekali lafaz, Hafiz Suip dan pasangannya, Nureffy Jasreel Abdullah selamat di ijab kabulkan dalam sebuah majlis yang cukup meriah pada Sabtu lalu, 14 Mei yang juga merupakan hari ulang tahun isterinya itu.
Sebelum berlangsungnya majlis akad nikah yang dihadiri oleh kaum keluarga kedua-dua belah pihak, Nureffy turut selamat mengadakan upacara mandi bunga dan malam berinai. Majlis ijab kabul mereka diadakan di kediaman pengantin perempuan iaitu di Laruh Skim, Kuching, Sarawak jam 10.30 pagi.
Dengan mas kahwin RM120, serta dinikahkan oleh Ustaz Kasdinata Fauzi, Hafiz dan Nureffy sah sebagai suami isteri. Beberapa minggu sebelum majlis pernikahan berlangsung, khabarnya isteri kepada penyanyi lagu Awan Nano ini turut diuji dengan demam denggi.
Majlis resepsi Hafiz dan Nureffy berlangsung dengan penuh meriah di Pusat Konvesyen Borneo Kuching (BCCK) yang dihadiri lebih dari 1,000 orang yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat mereka.
Hafiz dan isteri memilih tema dalam taman ala Inggeris dengan persalinan serba putih serta gabungan adat Melayu Sarawak. Majlis resepsi penyanyi tempatan ini turut dihadiri dengan rakan artis serta persembahan istimewa Akim Ahmad.
EH! ucapkan tahniah buat Hafiz Suip dan isteri, Nureffy Jasreel. Semoga selamat melayari bahtera perkahwinan dengan penuh kebahagiaan.
Jom lihat gambar di sekitar upacara mandi bunga, akad nikah dan majlis resepsi Hafiz Suip dan Nureffy Jasreel.
The post Gambar Mandi Bunga, Akad Nikah dan Majlis Resepsi Hafiz Suip Bersama Isteri appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment