DITUDUH LIAR KERANA MEROKOK DAN KE KELAB MALAM, DAYANA ROZA AKHIRNYA BUKA MULUT?

Dayana-Roza-Merokok-Pergi-Kelab-Itu-Hak-PeribadiPelakon Dayana Roza dihimpit kontroversi apabila dikatakan berkunjung ke sebuah kelab malam di ibu kota baru-baru ini. Dayana juga dikatakan terlalu seronok menari serta merokok sehingga tidak sedar bahawa beliau sebenarnya mencuri tumpuan ramai.

Ada sesetengah netizen yang mula mengkritik Dayana dan menanggap beliau sebagai gadis “liar”.

Tidak mahu isu panas ini berpanjangan, bercakap kepada Kosmo, Dayana berkata, beliau enggan ambil pusing akan segala kritikan. Buat Dayana, ia adalah hak peribadi beliau untuk ke kelab malam.

Saya berasa terkejut apabila diberitahu perihal itu. Namun, biarpun terkejut saya tidak ingin membesarkan cerita dan biarlah perkara tersebut berlalu begitu sahaja dan fokus kepada kerja.

Adakah anda sedar bahawa setiap tingkah laku individu bergelar selebriti itu pasti akan diperkatakan. Justeru, apakah yang dimaksudkan anda bahawa isu berkunjung ke kelab malam itu adalah hak peribadi?

Saya memahami kerana masyarakat akan mengambil tahu tentang apa yang dilakukan oleh seseorang artis itu biarpun baik mahupun buruk.

Maksud saya mengenai hak peribadi itu adalah apabila sesetengah perkara saya boleh kongsikan dengan peminat. Bagaimanapun, selebihnya dijadikan hak privasi terutama berkaitan soal cinta mahupun perkara peribadi.

Sebenarnya ada antara peminat cuma ingin beri nasihat, mungkin ia hak peribada Dayana untuk ke kelab malam dan sebagainya tetapi cubalah jaga imej sebagai seorang artis wanita Islam. Tak gitu?

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment