Perut buncit ibarat mimpi ngeri buat wanita. Rata-rata sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat mengempiskan perut mereka.
Jangan sesekali makan pil diet kerana khuatir mampu memberi kesan sampingan kepada tubuh. Cara terbaik adalah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Cuba lima cara ini untuk dapatkan perut kempis idaman anda.
- Elak berlapar
Ramai yang memilih untuk tidak makan jika mahu kurus. Ini salah kerana apabila anda lapar, kadar metabolisma tubuh akan berkurangan. Jadi jika anda makan, proses pembakaran kalori akan perlahan kerana kadar metabolisma tubuh masih rendah.
- Minum lapan gelas sehari
Air mengurangkan selera makan secara semulajadi dan membantu badan membakar lemak di dalam tubuh. Amalkan minum air sebelum makan bagi mengelakkan andn makan dengan bannya.
- Elakkan minuman bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
- Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
- Bersarapan
Menurut satu kajian, mereka yang tidak bersarapan lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.
The post Cara Hilangkan Perut Buncit appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment