Bantu Pasangan Jaga Badan

Pasangan yang terbaik adalah yang sama-sama mahu melihat kita berjaya tidak kira dari segi apa. Panduan ini adalah untuk anda yang mempunyai misi melihat pasangan anda ataupun anak-anak turut sama kekal sihat.

10112311_m

 

 

Amal Pemakanan Sihat

  • Anda suka dan rajin memasak? Bagus, tetapi lebih baik jika anda pandai menyeimbangkan pemilihan makanan dalam menu harian. Sajikan makanan berkhasiat kepada keluarga anda mengikut keperluan piramid makanan dan makan mengikut jadual
  • Kajian saintifik membuktikan, jika anda memulakan hari dengan sarapan yang seimbang, anda boleh fokus, meningkatkan tahap tumpuan, kepintaran dan daya ingatan. Jangan sekali-kali tinggalkan makan tengahari tidak kira sesibuk manapun anda.
  • Boleh ambil makan malam, tetapi sentiasa ingat untuk mengambil makanan seimbang, pelabagi dan tidak berlebihan.

Pilih Makanan Berkhasiat 

  • Apabila memasak, selain menyediakan sajian yang enak dan memenuhi keinginan pasangan, khasiat dalam makanan juga harus diberi perhatian. Sediakan makanan dengan cara sihat seperti mengukus, membakar atau sup berbanding makanan bergoreng.
  • Makanan rendah lemak, gula dan garam.
  • Ada buah-buahan dan sayuran dalam sajian harian anda.
  • Elakkan mengambil terlalu banyak kuah, kerana ia biasanya tinggi lemak dan garam.
  • Pilih makanan berasaskan bijirin penuh dan tinggi serat.
  • Minum banyak air kosong dan elakkan minuman manis juga bergas.

Aktif

Bersenam salah satu daripada amalan gaya hidup sihat. Ajak pasangan dan anak melakukan senaman ringan bersama, sama ada di rumah, taman permainan atau gimnasium.

Pantau Kesihatan

Rancang jadual pemeriksaan kesihatan keluar secara berkala iaitu bulanan, suku tahun atau tahunan kerana setiap individu perlu sentiasa mengetahui kedudukan tahap kesihatannya. Anda juga boleh melakukan pemantauan sendiri di rumah seperti mengukur ketinggian dan berat badan supaya sentiasa dalam keadaan normal.

Foto: 123rf.com 

Oleh Anis Mastura Remli

Jelita September 2013

 

The post Bantu Pasangan Jaga Badan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment