AEDY ASHRAF DAKWA DITEGUR JEJAI?

aedy-ashraf-dakwa-diserang-ditegur-jejaiPelakon, Aedy Ashraf, 23, mendakwa ditegur bekas suami Fasha Sandha iaitu Jejai dipercayai gara-gara berkawan rapat dengan aktres itu.

Mendakwa terkejut dengan tindakan Jejai, Aedy memberitahu, dia tidak pernah menganggap Fasha lebih daripada seorang kawan, malah mereka membahasakan diri masing-masing sebagai adik dan kakak.

“Saya tidak pasti kenapa Jejai menegur saya begitu. Mungkin kerana dia nampak saya akrab dengan Fasha.

“Sebenarnya, saya dan Fasha rapat. Kami saling mengenali sejak lebih lima tahun lalu. Selepas lama tidak berjumpa, kebetulan kami berlakon bersama dalam bersiri Lara Aishah,” katanya.

Aedy mengulas gosip kononnya dia ‘diserang’ Jejai dalam satu kejadian, baru-baru ini. Ketika itu, Aedy, Fasha dan beberapa kenalan lain dikatakan sedang berbual sebelum didatangi Jejai.

Beberapa hari lalu, Fasha juga dilaporkan membuat laporan polis terhadap Jejai. Aedy yang sedang sibuk dengan penggambaran filem Dorm Melati di Bukit Larut, Taiping, Perak, menganggap insiden ditegur Jejai sebagai salah faham.

“Ia mungkin hanya salah faham. Saya enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu,” katanya.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment