6 Cara Hilangkan Mengantuk

Sukar hendak hilangkan mengantuk terutama selepas makan tengah hari. Jika tidak mahu tidur sekejap, apa kata anda cuba tip ini bagi mengelakkan mengantuk.

hilangkan mengantuk

Tarik nafas.

Apabila anda menguap, itu bermakna kandungan oksigen di dalam otak berkurangan. Jadi, apa kata anda tarik nafas dalam-dalam dan tahan selama 5 saat. Kemudian hembus nafas selama 5 saat. Ulang beberapa kali sehingga rasa mengantuk hilang.

03A52969

Senaman ringkas.

Duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan anda mengantuk. Apa kata anda cuba buat pergerakan senaman. Tidak perlu berlari cukup sekadar membuat senaman kepala, bahu, meregangkan tangan dan pinggang sahaja. Lebih elok jika anda berjalan sekejap di dalam ruang pejabat.

Solat.

Ini cara paling berkesan dan dalam masa sama anda juga mendapat pahala. Jika sudah masuk waktu, apa kata anda pergi mengambil wuduk dan bersolat.

Basuh muka.

Basahkan muka dengan air. Sama ada membasuh wajah atau lap muka dengan tisu basah. Pasti akan berasa segar kembali.

Berborak.

Terlampau tekun membuat kerja juga boleh mengundang rasa mengantuk. Berehat sekejap dan berbuallah dengan rakan. Bercakap membuatkan otak anda kembali aktif. Tapi janganlah berborak di depan bos atau terlalu rancak hingga terus melupakan kerja.

Minum air.

Basahkan tekak sama ada dengan minum air kosong atau berperisa. Kopi bukan penyelesaian untuk mengelakkan mengantuk. Tetapi, minumlah teh hiijau kerana lebih menyihatkan serta membuatkan anda berasa lebih segar.

 

02G66093

 

Jika tidak berkesan, tidurlah sekejap sekurang-kurangnya 15 minit kerana ia diyakini mampu mencergaskan minda anda kembali.

 Foto: INGImage

The post 6 Cara Hilangkan Mengantuk appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment