[VIDEO] Ini Terjadi Bila Writer OHBULAN! Dapat Interview Abam Thor ‘Chris Hemsworth’.. Cuak Tak Ingat Beb!

Screen Shot 2016-04-08 at 12.15.07 PM

Siapa kat sini dah pernah tengok cerita Snow White & The Huntsman yang dibintangi oleh Chris Hemsworth (Brighton) Kristen Stewart (Snow White) dan Charlize Theron (Queen Raveena). Kami dah tengok memang best cerita tu. Tahun ni diorang keluarkan pula cerita The Huntsman Winter’s War, juga dibintangi pelakon yang sama tapi diserikan lagi dengan watak baru seperti Jessica Chastain (Sara) dan Emily Blunt (Ice Queen).

Nak dijadikan cerita, abam berpeluang untuk pergi tengok premiere screening movie ni di Singapore (Terima kasih United International Pictures!). Pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan sebab dapat pass istimewa di karpet merah tayangan movie tersebut dan nak tahu tak apa yang paling awesome? Abam dapat interview Chris Hemsworth, Jessica Chaintsan dan Charlize Theron!

Suasana di Red Carpet tayangan The Huntsman Winter’s War

Screen Shot 2016-04-08 at 12.12.08 PM

Chris Hemsworth

Screen Shot 2016-04-08 at 12.11.52 PM

Jessica Chastain

Screen Shot 2016-04-08 at 12.10.36 PM

Charlize Theron

Screen Shot 2016-04-08 at 12.11.41 PM

Tuan Director Cedric Nicolas-Troyan

Ini merupakan hari pertama abam berada di Universal Studios Singapore untuk saksikan diri dan rasa pengalaman berada di karpet merah tayangan filem The Huntsman Winter’s War. Punya lah ramai hari tu yang datang untuk bertemu dengan Chris Hemsworth, Jessica Chastain dan Charlize Theron. Bukan orang dari Singapura je, malah dari negara lain pun ada.

Selepas majlis karpet merah selesai, kami terus ke dewan berdekatan untuk saksikan filem ni. Apa yang boleh abam katakan, filem ni memang sesuai untuk tontonan semua. Bukan aksi semata-mata malah filem ni juga ada selitkan unsur jenaka supaya penonton tidak bosan.

Jom layan interview abam dengan diorang ni

Maaf ye kalau abam tergagap-gagap masa interview diorang ni sebab ni kali pertama buat interview macam ni. Abam bukanlah pengacara hebat seperti Ryan Secreast mahupun Awal Ashaari. Huhu. Tapi apa yang abam boleh katakan ialah walaupun diorang dikenali satu dunia, tapi diorang tak sombong langsung. Sambut kedatangan abam dengan senyuman dan yang paling best, Charlize Theron cakap abam handsome. Haha!

The post [VIDEO] Ini Terjadi Bila Writer OHBULAN! Dapat Interview Abam Thor ‘Chris Hemsworth’.. Cuak Tak Ingat Beb! appeared first on OHBULAN!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment