U Mobile Kini Beri Data Percuma Untuk Access Aplikasi Waze! Ini Sudah Bagus!

umobile

Berita baik untuk anda semua apabila telco dengan rangkaian mobil terpantas di Malaysia, U Mobile Sdn Bhd kini telah berkerjasama dengan aplikasi Waze!

Menerusi kerjasama ini, pelanggan U Mobile akan menikmati data percuma untuk melayari aplikasi Waze bermula daripada 31 Disember 2016 .

“Pihak U Mobile sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan pengalaman data pelanggan, sama ada daripada segi nilai mahupun pengalaman yang berkualiti. Oleh itu, dengan kerjasama erat bersama Waze, pihak U Mobile amat berbesar hati untuk memberikan ganjaran hebat buat pelanggan setia kami dengan data percuma bagi melayari aplikasi tersebut.” Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile.

waze new

Untuk pengetahuan korang, Waze mempunyai lebih 2 juta pengguna aktif di Kuala Lumpur yang memandu lebih kurang 263 juta kilometer menggunakan aplikasi tersebut setiap bulan.

Oleh itu, dengan pemberian data percuma kepada pelanggan U Mobile, ia akan menggalakan lebih ramai lagi pemandu untuk menggunakan aplikasi Waze tanpa perlu risau mengenai had data sama ada untuk penggunaan harian mahupun musim perayaan yang melibatkan kesesakan lalulintas seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.u.com.my/

The post U Mobile Kini Beri Data Percuma Untuk Access Aplikasi Waze! Ini Sudah Bagus! appeared first on OHBULAN!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment