Pelawak dan penyampai radio Tauke Jambu mencari identiti lelaki yang mirip Allahyarham Yus Jambu selepas sekeping foto lelaki berkenaan yang viral di laman sosial baru-baru ini.
TAUKE JAMBU CARI KEMBAR ARWAH PAK YUS | Menerusi laman Instagram, Tauke memuatnaik gambar lelaki berkenaan dan meminta pengikutnya yang mempunyai maklumat atau nombor telefon individiu untuk berkongsi maklumat itu dengannya.
“Salam sesiapa kenal pemuda ini, boleh mesej nombor telefon dia tak? tulisnya.
Menurut sumber, ada yang mengatakan lelaki berkenaan berasal dari Kelantan dan wanita yang bergambar bersebelahan dengan lelaki tersebut merupakan isterinya yang bernama Siti Sharifah.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan samada Tauke sudah berjaya mendapatkan maklumat mengenai lelaki itu.
0 comments :
Post a Comment