SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH PILIHAN ONLINE 2016


senarai-penuh-pemenang-anugerah-pilihan-online-2016Akim & The Majistret
diumumkan sebagai kumpulan muzik paling berpengaruh di media sosial selepas memenangi Personaliti Terunggul Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) yang disiarkan di TV2 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri pada Sabtu.

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH PILIHAN ONLINE 2016 | Kemenangan itu membolehkan mereka menerima hadiah berupa rantai mutiara sumbangan Rafflesia bernilai RM20,000, hadiah sumbangan Dnars, jam tangan sumbangan Ice Watch dan pakej penginapan sumbangan Hotel Dorsett Putrajaya.

Kumpulan itu turut mendapat tajaan mengerjakan umrah setiap seorang pada bulan Ramadan selama 14 hari 13 malam sumbangan Simply Umrah Travel Services Sdn Bhd. Selain hadiah utama itu, Akim & The Majistret juga memenangi Grup Pilihan Online.

Pasangan pelakon yang popular menerusi drama Hati Perempuan iaitu Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad juga membuat kejutan apabila membolot dua anugerah dalam APO2016.

Saharul membawa pulang kemenangan Aktor Terbaik Pilihan Online dan Lelaki Tampan Pilihan Dnars sementara Mia Ahmad memenangi Aktres Terbaik Pilihan Online dan Wanita Anggun Pilihan Dnars.

Datuk Siti Nurhaliza juga turut menggondol dua anugerah iaitu Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online dan Ikon Fesyen Pilihan Online.

Kategori Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online pula menyaksikan Hazama memenangi kategori itu manakala Cef Selebriti Pilihan Online dimenangi Datuk Fazley Yaakob.

Bagi kategori Selebriti Komedi Pilihan Online pula berpihak kepada Jihan Muse manakala Fara Fauzana dipilih sebagai Penyampai Radio Pilihan Online.

Dalam pada itu bagi kategori sukan pula, Datuk Lee Chong Wei dipilih sebagai Bintang Sukan Lelaki Pilihan Online manakala Datuk Nicol David adalah Bintang Sukan Wanita Pilihan Online.

Pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan apabila diumumkan sebagai Pasukan Terbaik Pilihan Online.

Pelakon Neelofa pula dinobatkan sebagai pemenang Ikon Niaga Muda Pilihan Online menerusi perniagannya Naelofar Hijab.

Peminat blog pula memilih Siakap Keli sebagai Blog Pilihan Online manakala Selebriti Media Sosial Pilihan Online pula berpihak kepada Mat Luthfi.

Kesemua pemenang kategori ini menerima trofi, rantai mutiara sumbangan Rafflesia bernilai RM5,000, jam tangan sumbangan Ice Watch dan pakej penginapan sumbangan Hotel Dorsett Putrajaya.

Berikut ini senarai penuh pemenang APO2016:-

1. AKTOR TERBAIK PILIHAN ONLINE

SAHARUL RIDZWAN

2. AKTRES TERBAIK PILIHAN ONLINE

MIA AHMAD

3. PENYANYI LELAKI TERHEBAT PILIHAN ONLINE

HAZAMA

4. PENYANYI WANITA TERHEBAT PILIHAN ONLINE

DATUK SITI NURHALIZA

5. LELAKI TAMPAN PILIHAN DNARS

SAHARUL RIDZWAN

6. WANITA ANGGUN PILIHAN DNARS

MIA AHMAD

7. SELEBRITI KOMEDI PILIHAN ONLINE

JIHAN MUSE

8. GRUP PILIHAN ONLINE

AKIM & THE MAJISTRET

9. PENYAMPAI RADIO PILIHAN ONLINE

FARA FAUZANA

10. BINTANG SUKAN LELAKI PILIHAN ONLINE

DATUK LEE CHONG WEI – (BADMINTON)

11. BINTANG SUKAN WANITA PILIHAN ONLINE

DATUK NICOL DAVID

12. PASUKAN SUKAN PILIHAN ONLINE

JDT (BOLASEPAK)

13. IKON FESYEN PILIHAN ONLINE

DATUK SITI NURHALIZA

14. IKON NIAGA MUDA PILIHAN ONLINE

NEELOFA

15. BLOG PILIHAN ONLINE

SIAKAP KELI

16. CEF SELEBRITI PILIHAN ONLINE

DATUK CEF FAZLEY YAAKOB

17. SELEBRITI MEDIA SOSIAL PILIHAN ONLINE

MAT LUTHFI

18. PERSONALITI TERUNGGUL APO2016

AKIM & THE MAJISTRET

Sumber: mStar Online

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment