Beberapa hari ini, isu Rozita Che Wan memakai seluar jeans yang koyak di bahagian lutut cukup hangat sekali. Pelbagai kritikan pedas yang diterima oleh Che Ta di media sosial dimana ramai yang mengatakan imej Che Ta tidak sesuai untuk wanita bertudung.
Buat Che Ta beliau menganggap mereka yang memberikan komen negatif terhadapnya terlampau bajet suci.
Tiada sebarang isu pun. Lagipun, bukan saya pakai seluar koyak betul-betul pun. Jadi, apa masalah mereka semua ini? Masalahnya, saya rasa mereka semua ‘bajet’ (berlagak) suci.
Che Ta juga perasan bahawa sesetengah daripada mereka yang mengecam dan mengkritik beliau adalah wanita bertudung tetapi mempunyai mulut yang agak lancang apabila mengeluarkan kata-kata.Cuba balik tengok penulis komen di bawah gambar itu dan lihat profil mereka.
Semua kebanyakannya bertudung, tetapi mulut macam mana gayanya? Semua itu mereka tidak nampak. Apa yang mereka nampak hanya pada mata kasar dan luaran orang.
Mungkin ada yang mempunyai niat untuk nasihat tetapi tidak dinafikan ada juga yang hanya tahu mencari kesalahan orang lain sahaja.
0 comments :
Post a Comment