Rizalman For Zalora – Kolaborasi Aidilfitri Yang Terbaik

Rizalman for Zalora mungkin yang terakhir buat tahun ini, tetapi barisan koleksi yang telah dipersembahkan baru-baru ini tidak mengecewakan.

 

R 0349

Koleksi terbaru Rizalman For Zalora ini mempamerkan reka bentuk signature pereka fesyen ini iaitu gaya dan keanggunan yang terhebat dengan sentuhan moden, penggunaan fabrik atau corak yang terkini menjadikannya begitu klasik tetapi relevan untuk dipakai pada masa kini.

Rizalman yang popular dengan rekaan potongan mengikut badan dan kurung elegan sekali lagi menjadi tumpuan utama koleksi kali ini, di mana dia mengetengahkan idea baru dan segar bagi koleksi pakaian tradisional sempena musim perayaan ini.

Koleksi rekaan Rizalman pada tahun 2005 diangkat semula untuk tahun ini menampilkan corak ‘mendung mega’ disamping warna yang menarik serta penggunaan fabrik yang cantik serta inovatif untuk meningkatkan daya tarikan setiap helaian pakaian.

 

R 0405R 0299

Tahun ini juga menyaksikan kemunculan koleksi pakaian lelaki RizalMen yang pertama. Jubah, baju melayu, kaftan, kemeja dan baju-t, baju panas dan ‘jumpers’ didatangkan dalam pelbagai warna dan cetakan yang menarik khusus bagi penggemar fesyen lelaki yang inginkan kelainan.

Sementara itu, seperti yang diketahui ramai, Rizalman sekali lagi tampil dengan sebuah cereka pendek raya yang sungguh menyentuh perasaan sebelum pertunjukan fesyen bermula. Bertajuk “Pulang”, Rizalman bukan sahaja bertindak sebagai pelakon utama, malah menggalas tugas sebagai pengarah dan lakon layar. Menjalani penggambaran di Terengganu, ia dibintangi oleh barisan pelakon terkenal industri tempatan seperti Ogy Ahmad Daud, Datin Marlia Musa dan Wan Hanafi Su serta penampilan istimewa dua orang anak lelakinya, Umar dan Aali. “Pulang” mengetengahkan topik cinta dan kemaafan, di mana ia adalah dua topik utama setiap kali sambutan Aidilfitri.

Koleksi Rizalman untuk Zalora dijual daripada harga RM120 sehingga RM650.

RizalMen untuk ZALORA dijual pada harga RM156 sehingga RM240 dan boleh didapati di www.zalora.com.my.

 

 

The post Rizalman For Zalora – Kolaborasi Aidilfitri Yang Terbaik appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment