Tanpa disedari, seks hambar dek kerana tekanan yang anda lalui sama ada di pejabat, rumah atau dengan rakan handai. Jelita bantu selidiki agar anda boleh mencegah dan memperbaiki keadaan, agar keadaan di ranjang menjadi lebih baik.
Beberapa kajian daripada pakar psikologi mendapati sistem reproduktif manusia mempunyai kaitan dengan psikologi. Tekanan boleh merencat rembesan hormon gonadotropin, menggangu kitaran haid termasuk tiada berlakunya ovulasi dan tiada haid (amenorea). Dipercayai boleh meningkatkan kandungan bahan kimia yang dinamakan ketekolamin dan reseptor ini banyak terdapat pada organ reproduktif. Tekanan juga dapat menyebabkan disfungsi seksual. Semua faktor ini boleh menyumbat kepada kegagalan mendapat zuriat.
Ada beberapa cara untuk mengatasi tekanan:
- Sentiasa prihatin pada jumlah tekanan yang dialami tubuh anda dan jenis peristiwa yang menyebabkan tekanan.
- Semak tahap tekanan anda sepanjang hari dan nilai berdasarkan skala 10 mata untuk kiraan tekanan yang anda alami. Periksa tubuh anda untuk memastikan sama ada otot dalam keadaan tegang, jantung berdegup kuat, tangan sejuk dan lembap atau hilang tumpuan. Apabila hal ini berlaku, cubalah untuk lebih prihatin pada orang, barangan dan peristiwa yang mencetuskan tekanan anda.
- Kurangkan tekanan dengan berehat dan bertenang. Anda boleh menghabiskan masa dengan melakukan perkara yang diminati seperti medengarkan muzik, bersukan, berjalan atau berendam di dalam kolam mandi. Menarik nafas panjang juga dapat mengurangkan tekanan.
- Bersenam secara kerap membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan keyakinan diri anda.
- Gaya hidup sihat dan pengambilan makanan seimbang penting bagi memastikan tubuh sentiasa sihat.
- Belajar berfikiran positif dan kawal ketakutan. Jangan buang masa pada perasaan bimbang tentang perkara yang tidak mampu dicapai.
- Jangan malu untuk meminta nasihat atau pandangan orang lain. Minta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah.
- Berani berkata ‘tidak’ dan jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakannya. Melakukan atau menambah kerja lain ketika sibuk boleh meningkatkan tekanan anda.
SUSUNAN: ANIS MASTURA REMLI, Dipetik dari Jelita Mac 2013
The post Punca Sebenar Seks Hambar appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment