Berita baik buat ‘kaki shopping’! Outlet premium yang pertama di utara bakal dibuka di Pulau Pinang. Design Village Penang adalah sesuatu yang harus anda nantikan.
Sebagai outlet premium yang pertama di kawasan utara dan Pulau Pinang, Design Village bakal menjadi destinasi fesyen ikonik dengan membawa variasi label fesyen mewah, jenama premium, kanak-kanak, sukan, outlet F&B, kafe dan banyak lagi untuk memenuhi keperluan gaya hidup masyarakat tempatan mahupun luar negara.
Dengan lebih 150 kedai yang bertapak di keluasan 400,000 kaki persegi, Design Village menawarkan pengalaman membeli-belah yang baru berlatarbelakangkan taman tropika serba indah. Pelbagai barangan baru setiap hari dengan diskaun sehingga 70 peratus umpama jualan murah sepanjang tahun adalah apa yang boleh pembeli harapkan di sini.
Pembeli dapat melihat lima zon dalam reka bentuk ‘looped race-track layout’ di pusat beli-belah satu tingkat separa terbuka ini. Struktur bangunannya menerapkan ciri moden dan penuh inovasi, selain mementingkan kemudahan pembeli yang hadir.
Antara jenama yang ada di Design Village adalah – BVO, Guess, Superdry , Timelab, Esprit, Adidas, Italia Sportivo, Sacoor Brothers, Samsonite, Guess, Aldo, GEOX, as well as Coffee Bean, Starbucks dan banyak lagi.
Ia dijangka akan dibuka pada November 2016, nantikan!
The post Outlet Premium Pertama di Utara, Design Village Penang Bakal Dibuka appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment