Peserta dari Selangor iaitu Mustaffa Rasyid Abd Jabar atau lebih mesra dengan sapaan Mustar menepati ramalan apabila muncul sebagai juara pertandingan Kilauan Emas Otai.
MUSTAR JUARA KILAUAN EMAS OTAI | Ia adalah kemenangan kedua Mustar selepas menjuarai Kilauan Emas musim kelima tahun lalu. Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150,000 berserta trofi.
Pada peringkat akhir itu, Mustar menyanyikan dua buah lagu berjudul Kini Hatiku Telah Tertawan dan Menunggu Nasi Minyak duet bersama Asmidar.
Mustar ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka dengan kemenangan berkenaan namun menganggap ia sebagai rezeki anak-anaknya.
“Menang kalah itu adat pertandingan dan saya hanya memfokuskan kepada memberikan persembahan terbaik kepada penonton.
“Alhamdulillah saya memang tidak menyangka akan menang namun saya anggap ia adalah rezeki anak-anak,” ujarnya.
Tempat kedua pula jatuh kedua milik Ahmad Fuad Zaharullail dan peserta dari Perak itu membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.
Manakala tempat ketiga milik Idris Mohd Shabidin dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 dan trofi.
Mohammad Nasiruddin Mohd Hashim bagaimanapun terpaksa berpuas hati berada ditempat akhir dan menerima hadiah wang tunai RM10,000.
0 comments :
Post a Comment