Lima Cara Tampil Awet Muda

Memasuki usia 30-an, garis halus pada sekitar mata dan bahagian dahi mula jelas kelihatan. Ketika menghadap cermin, kulit wajah nampak tidak halus dan tegang, terus anda dihambat kerisauan. Jangan risau, amalkan lima cara untuk awet muda ini.

 

 32691010_m

RUTIN BERSENAM

Luangkan masa bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 30 hingga 60 minit. Selain baik bagi tubuh dan jantung, olahraga juga merangsang sistem hiposis hipotalamus pada otak yang mengeluarkan hormone antipenuaan yang kuat.

BERSIHKAN WAJAH

Kulit wajah yang bersih mampu memaksimumkan penyerapan khasiat. Cuci bersih wajah anda dengan memerhatikan beberapa perkara. Pertama, basuh wajah dengan air hangat, gunakan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Bilas wajah dan keringkan dengan tuala bersih. Ganti tuala anda secara berkala kerana tuala yang terlalu lama digunakan akan berkulat dan berkuman. Sapukan penyegar (toner) untuk memberi perawatan yang maksimum, kemudian teruskan dengan perawatan harian seperti serum dan pelembap.

MULAKAN SEJAK AWAL LAGI

Jangan anggap remeh perawatan antipenuaan, mulakanlah daripada usia 20-an lagi. Lengkapi rutin harian dengan perawatan serum, krim malam dan krim mata. Pilih produk antipenuaan yang khusus usia 20-an. Kandungan yang terdapat di dalam rumusannya bertujuan mencegah timbulnya tanda-tanda penuaan dan memastikan proses metabolisma sel kulit tetap stabil. Sebaiknya, anda juga menjaga pola pemakanan dan gaya hidup. Ramai yang beranggapan, boleh mengambil semua jenis makanan ketika usia muda. Sebenarnya, apa yang kita makan membayangkan keadaan tubuh kita nanti. Kurangkan makanan berlemak dan pengambilan gula daripada sekarang untuk hidup dan kulit yang lebih sihat.

PUPUR SEMULA JADI

Selain melakukan perawatan harian, manjakan kulit wajah dengan pupur semula jadi buatan sendiri. Campur putih telur dengan jus lemon, kacau sehingga berbuih. Sapukan pupur anda pada seluruh wajah yang sudah dibersihkan. Putih telur berfungsi menegangkan kulit dan mengecilkan liang roma. Kandungan proteinnya bermanfaat melembapkan kulit serta mempercepat proses pertumubuhan semula. Lemon kaya vitamin C berfungsi sebagai antioksidan untuk melawan penuaan. Lakukan seminggu sekali.

ISTIREHAT YANG BERKUALITI

Tidur pada malam hari memerlukan tujuh hingga lapan jam untuk memberi waktu tubuh memperbaiki sel dan beristirahat setelah seharian beraktiviti. Jaga kualiti tidur anda, jangan biarkan otak terlelap dalam keadaan ketegangan. Matikan semua lampu dan sumber cahaya. Istirehat dalam keadaan gelap membuat tubuh menghasilkan hormon melatonin yang baik bagi pertahanan tubuh dan menjaga sel tubuh daripada kerosakan. Hindari minum air terlalu banyak sebelum tidur kerana anda akan terjaga untuk buang air ketika nyenyak tidur, ini menganggu tidur anda.

Tulisan: Raja Nor Azeda Raja Uda

MS: 41

September 2013

Foto: 123rf.com

 

The post Lima Cara Tampil Awet Muda appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment