Konsert Datuk Siti and Friends Hebat!

 

 

IMG_4209

 

Kerjaya seni Datuk Siti Nurhaliza yang genap menjangkau dua dekad diraikan dengan konsert istimewa penyanyi nombor satu negara ini bersama barisan penghibur hebat pilihannya.

 

IMG_4210

 

Dibawakan oleh Yonder Music dan Celcom Xpax, Konsert Datuk Siti Nurhaliza & Friends yang berlangsung di Stadium Merdeka tanggal 2 April lalu menjadi memori indah buat peminat serta penggemar muzik tempatan.

 

IMG_4211

 

Datuk Siti yang anggun dalam persalinan serba merah dan emas rekaan Rizman Ruzaini dan dihiasi menawan oleh Nurul Shukor mendendangkan lagu-lagu ikoniknya serta kolaborasi pentas bersama Joe Flizzow & SonaOne, selain artis jemputan Chakra Khan dan Hafiz Suip.

 

IMG_4217

 

Juga istimewa terbang dari Paris adalah diva nusantara Anggun Cipta Sasmi yang hadir memberi sokongan buat konsert Datuk Siti. Mereka berduet lagu Snow on the Sahara dan Bukan Cinta Biasa.

 

Duet lagu Bagaikan Sakti bersama Faizal Tahir juga antara yang dinantikan selain kemunculan Afgan yang punyai ramai peminat mendendangkan lagu Biarlah Rahsia bersamanya.

 

KUALA LUMPUR 02 APRIL 2016. Penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza (kiri) dan Anggun Cipta Sasmi membuat persembahan pada Konsert 'Datuk Siti Nurhaliza and Friends'. NSTP/ADI SAFRI

Gambar: www.utaranews.com

 

Acara selingan menyaksikan klip video sesi temubual bersama mereka yang memberi impak dalam perjalanan seni Datuk Siti termasuk ibu kesayangan serta ahli keluarga.

 

Siti juga turut mendedikasikan satu segmen buat mentornya dalam bidang ini iaitu Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan yang banyak membimbing dan menghasilkan karya buat Siti.

 

IMG_4213

 

Sebuah lagu istimewa berjudul Memories juga turut diperkenalkan buat pertama kalinya. Ia adalah lagu nyanyian mendiang Whitney Houston yang bakal dirakam semula dalam bentuk duet Datuk Siti bersama idolanya ini. Di akhir konsert ini juga pihak produksi menjalankan rakaman video muzik buat lagu ini bersama ribuan peminat Siti.

 

IMG_4214

 

Konsert yang dihadiri oleh lebih 7,000 penonton ini turut menggabungkan pemuzik dari Amerika Syarikat selain strings orchestra yang mengiringi persembahan selama dua jam ini.

 

Tahniah Datuk Siti dan terima kasih kerana mewarnai persada seni tanah air sepanjang 20 tahun ini!

The post Konsert Datuk Siti and Friends Hebat! appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment