Khasiat Bahan Masakan Di Dapur Yang Perlu Anda Tahu

Wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan dapur. Walaupun letih selepas pulang dari kerja, pasti anda akan luangkan masa di dapur  walau seketika. Bagaimanapun anda mungkin tidak sedar, bahan mentah dapur yang anda gunakan bukan sahaja menambah kelazatan pada masakan tetapi memberi manfaat kepada tubuh badan. Jom kita selidik kehebatan bahan dapur ini.

02B46929

  1. Kuit Kayu Manis

Rempah ini bukan sahaja membuatkan masakan anda harum namun mampu merawat jerawat di muka. Caranya sebelum tidur, campurkan satu sudu teh serbuk kayu manis bersama tiga sudu madu. Kemudian oleskan di wajah anda dan biarkan semalaman. Bilas wajah dengan air suam di waktu pagi dan amalkan secara berterusan selama dua minggu. Kulit kayu manis juga boleh menghilangkan nafas berbau. Hanya campurkan satu sudu madu bersama air suam dan masukkan sebatang kulit kayu manis. Amalkan di waktu pagi. Boleh juga di campur dengan hirisan lemon atau daun mint sebagai perasa tambahan. Pasti nafas anda segar sepanjang hari.

Lemon Grass

  1. Serai

Pasti anda tidak pernah terfikir yang daun serai mampu menyejukkan badan ketika cuaca panas. Ambil beberapa batang serai bersaiz sederhana dan rebus bersama air sehingga mendidih dan air bertukar warna sedikit keperangan. Sejukkan dan tambah beberapa ketul ais. Jika anda mahukan perasa tambahan, campurkan sahaja bersama gula batu atau daun mint.

fresh ginger and grater over blue

  1. Halia

Bagi anda yang mahu melansingkan tubuh badan, Halia adalah jawapannya! Rendam hirisan halia bersama uncang teh dan sebatang serai di dalam air panas. Minuman ini mampun membuang angin, membantu mengatasi masalah pencernaan sekaligus menyegarkan tubuh anda. Bukan itu sahaja, Halia membantu melancarkan pengaliran darah, menghangatkan tubuh dan meredakan tekanan. Amalkan ketika bangun tidur ya, sebelum anda mandi.

The post Khasiat Bahan Masakan Di Dapur Yang Perlu Anda Tahu appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment