Selepas Petaling Jaya, kini Datuk Khatijah Ibrahim mengorak langkah semakin jauh dengan membuka cawangan keduanya di PV 128, Setapak, Kuala Lumpur. Bagi yang menggemari masakan Melayu, Khadijah’s Kitchen adalah tempat yang harus anda kunjungi.
Datuk Khatijah Ibrahim
Boleh dikatakan, semua menu yang dihidang di sini pasti memenuhi selera anda. Rasa dan kelazatan setiap hidangan tidak menghampakan malah, harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. Jika dibandingkan restoran lain, tempat makan ini ada keistimewaannya yang tersendiri.
Inilah destinasi yang perlu anda singgah jika ingin merasa masakan Melayu. Ujar pemiliknya, semua makanan yang ada di sini adalah makanan tradisional yang diwarisi daripada keluarganya. Dia aplikasikan konsep dapur utama yang bertindak untuk memasak setiap hidangan sebelum dibawa ke dua-dua restoran. Rata-rata pelanggan yang datang pasti akan memesan masak lemak daging salai dan laksa Johor. Nyata kelazatan kedua-dua hidangan ini membuatkan anda tidak puas menjamu selera. Kuah laksa yang pekat berlemak memang tiada tandingan.
Masak lemak daging salai
Laksa Johor
Tauhu telur
Bukan itu sahaja, konsep hidangannnya juga diperbaharui. Ada hiangan ala carte dan set bagi pelanggan yang bekerja dan kesuntukan masa. Setiap satu set merangkumi satu hidangan lengkap dengan harga yang amat berpatutan.
Tidak hanya menu, konsep hiasan dalaman restoran ini juga dikekalkan dengan menggunakan elemen kayu bagi menonjolkan seni bina tradisional. Sambil menjamu selera pelanggan boleh melihat keindahan dekorasi restoran ini. Lebih menarik ini semua ilham Datuk Khadijah sendiri.
Ruang makan yang luas dan susun atur yang kemas cukup selesa untuk pelanggan. Jika bersama keluarga ada ruang makan istimewa untuk pelanggan menjamu selera. Tapi jika datang secara berkumpulan, tingkat atas restoran ini paling sesuai.
“Tingkat atas lebih privasi dan sesuai untuk majlis seperti jamuan makan syarikat, perkahwinan, pernikahan, merisik, bertunang, sambutan hari jadi dan sebagainya. Lebih istimewa, makanan juga boleh dipilih. Tidak semestinya mengikut menu tapi pelanggan boleh membuat permintaan dan saya akan sediakan.”
Kepada orang ramai yang belum pernah ke Khadijah’s Kitchen, jangan lepaskan peluang berkunjung ke sini. Beroperasi setiap hari bermula 12 tengah hari hingga malam, tempat makan ini menjanjikan hidangan yang lazat dan layanan yang terbaik untuk anda. Jika bernasib baik, anda dapat bertemu dan beramah mesra dengan pemiliknya.
*Dipetik daripada Jelita Februari 2014
The post Khadijah’s Kitchen, Seratus Peratus Juadah Melayu appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment