(GAMBAR) HAFIDZ ROSHDI SAH BERGELAR SUAMI KEPADA NURUL SHUHADA

GAMBAR-NIKAH-HAFIDZ-ROSHDI-NURUL-SHUHADAPelakon Hafidz Roshdi mengesahkan sudah bernikah dengan tunangnya, Nurul Shuhada di Perlis, kira-kira jam 11 pagi tadi.

HAFIDZ ROSHDI SAH BERGELAR SUAMI KEPADA NURUL SHUHADA | Melalui status yang dimuat naik di laman Instagram, Hafidz memberitahu majlis itu berlangsung sederhana dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

HAFIZ-ROSHDI-SAH-BERGELAR-SUAMI-NURUL SHUHADA

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya, majlis pernikahan saya dengan Nurul selamat dilangsungkan.

“Majlis diadakan secara sederhana dengan kehadiran keluarga terdekat saja,” katanya.

Hafidz juga menjelaskan hubungannya dengan dan Nurul terjalin kira-kira tiga tahun lalu ketika sama-sama menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM).

“Untuk makluman, saya dan Shu berkawan lebih tiga tahun sebelum saya menceburi bidang lakonan. Pada 30 November tahun lalu, kami mengikat tali pertunangan,” katanya.

Mengakui pengumuman itu mengejutkan ramai pihak, Hafidz menganggap ia sebagai jodoh yang tidak boleh dielak.

GAMBAR-NIKAH-HAFIDZ-ROSHDI

“Mungkin pengumuman ini sedikit sebanyak mengejutkan ramai pihak, tetapi jodoh kami telah tiba. Saya mohon kepada semua agar mendoakan perkahwinan kami bahagia hingga ke akhirnya.

“Keputusan bernikah dibuat selepas kedua-dua belah keluarga berbincang dan bersetuju melangsungkan majlis ini,” katanya.

Hafidz memberitahu, dia akan mengumumkan tarikh majlis resepsi perkahwinannya, tidak lama lagi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment