Fathia Latiff Berhijab Sepenuhnya

Oleh: Farhana Fuad

Gambar: Instagram Fathia Latiff

 

 

3

 

Sememangnya sebelum ini Fathia Latiff pernah menyatakan yang dirinya dalam langkah perlahan-lahan untuk menukar imej yang lebih sopan, yakni berhijab sepenuhnya.

 

Dia sebelum ini menyatakan pada BH Online yang dirinya sedang mencari kekuatan untuk berhijab seperti wanita muslimah lain. Kali ini, Fathia nekad berhijab dengan selengkapnya.

 

2

 

1

 

“Sebelum ini banyak kekurangan pada diri saya sehingga menyebabkan saya lupa dan alpa. Syukur kerana Allah tetap memberikan hidayah-Nya kepada saya. Begitu pun walaupun saya sudah berhijab jangan anggap saya sudah bagus kerana banyak perkara yang perlu saya pelajari dan dalami,” katanya kepada Harian Metro.

 

4

 

Selebriti jelita ini mula menyedari yang menutup aurat bagi wanita itu adalah satu kewajipan. Baginya tiada sebab untuk tidak dilaksanakan. Fathia dilihat mula belajar untuk berhijab sepulangnya dari penggambaran di New York.

 

5

 

Semoga penghijrahan baik yang Fathia Latiff lakukan ini membawa lebih banyak kebaikan dan keberkatan buat dirinya serta peminatnya.

 

The post Fathia Latiff Berhijab Sepenuhnya appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment