EH! Promosi Mei 2016

Swiss-Garden Beach Resort Kuantan

MENANG!

Penginapan hotel di Swiss-Garden Beach Resort Kuantan

BERNILAI RM 6070

swiss garden kuantan

Swiss-Garden Beach Resort Kuantan terletak di Pantai Balok yang berhadapan dengan Laut China Selatan di Semenanjung Malaysia. Resort ini menawarkan 304 bilik dan suite dilengkapi dengan kemudahan yang moden untuk keselesaan setiap tetamu dengan motif tradisional yang sofistikated bagi mencerminkan warisan budaya negara kita.
Setiap bilik dan suite mempunyai balkoni yang menghadap pemandangan panorama Laut China Selatan yang memukau ataupun landskap hijau yang subur di sekitar resort. Swiss-Garden Beach Resort Kuantan mempunyai saiz bilik terbesar berbanding dengan resort yang lain di Kuantan dan setiap bilik dikategorikan berbeza iaitu Deluxe Room, Premier Deluxe, Family Room dan Executive Suite yang dilengkapi dengan jakuzi.
Swiss-Garden Beach Resort Kuantan juga dilengkapi dengan Tupai Kids Club yang sesuai untuk ibu bapa yang inginkan masa tersendiri mahupun untuk membelai diri di Samsara Spa. Hidangan tempatan dan antarabangsa boleh didapati di restoran–restoran yang terletak di Hotel seperti The Garden Terrace, Swiss-Deli, The Blossom Chinese Restaurant, Malibu Pub dan Parrot Bar. Sila layari www.swissgarden.com untuk maklumat lanjut.

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 31 Mei 2016

 

Click here if you have issue accessing the promo form above

Britney Spears

MENANG!

Set wangian Britney Spears

BERNILAI RM 5920

Low-A0100974_50ml_Carton_a2_g7

Oops, she did it again…Britney Spears, kini bukan sahaja terkenal sebagai ikon pop antarabangsa tetapi juga seorang artis yang sentiasa rancak melancarkan haruman yang pantas menerima sambutan ramai. Dimulai dengan ‘Believe’, wangian yang manis hinggalah ‘Hidden Fantasy’ yang sensual mahupun Fantasy Intimate Edition yang mana aromanya yang romantik. Yang pasti setiap haruman yang direka Britney sering saja memenuhi selera peminatnya atau penggemar haruman.
Britney Spears kini melancarkan pula wangian terbarunya ‘Maui Fantasy BRITNEY SPEARS edisi terhad. Diinspirasikan daripada pengalaman percutiannya bersama keluarga di Maui, wangian terbaru ini menyalurkan semangat warisan Hawaii dengan daya tarikan Maui yang menggabungkan buah-buahan, bunga tropika dan juga kehangatan iklim Hawaii diikuti dengan kerancakan angin lautnya.
Kombinasi aura kelapa dan vanila yang sensual apabila anda menyembur wangian buat kali pertama, diikuti dengan aroma Blue Musk, White Amber dan Beachy Blonde Woods mencerminkan kehangatan iklim di Maui. Nota tengahnya pula hasil gabungan bunga-bungaan di tepi pantai iaitu kelopak bunga raya, Cyclamen, Orange Blossom dan Hawaiian Monoi yang lembut dan harum. Wangian ini disempurnakan dengan Bird of Paradise digabungkan dengan aroma Pink Grapefuit dan Passion Fruit yang cukup menyegarkan.

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 31 Mei 2016

 

Click here if you have issue accessing the promo form above

Vitalzyme

MENANG!

Set produk Vitalzyme

BERNILAI RM 6377.40

Vitalzyme w Box

Vitalzyme adalah minuman enzim yang menyegarkan dan lazat dengan campuran 120 buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan semula jadi. Digabungkan dengan lebih daripada 54 jenis bakteria yang elok, Vitalzyme boleh diminum setiap hari dan setiap hidangan akan menyediakan antioksida, asid organik dan phytonutrien khusus untuk kesihatan anda. Ia tidak mengandungi alkohol, tiada racun perosak, tiada bahan pengawet, tiada pewarna tiruan, tiada perasa tiruan dan tiada gula tambahan.

Vitalzyme adalah disyorkan untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan dimana minuman ini dapat membuang toksin yang menyebabkan kembung perut. Malah, ia juga dapat membantu meningkatkan penghadaman dan stamina badan secara semula jadi dan menguatkan sistem imun badan. Bagi mereka yang aktif pula, Vitalzyme dapat membantu untuk mengekalkan enzim di dalam badan. Esthetics International Group Berhad merupakan pengedar eksklusif untuk Vitalzyme di Asia Tenggara & HK.

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 31 Mei 2016

Click here if you have issue accessing the promo form above

Zahara

MENANG!

Set produk Zahara

BERNILAI RM 5860

zahara

Zahara, jenama kosmetik yang direka khas untuk wanita muslim akhirnya tiba di Malaysia! Kini anda tidak perlu risau lagi untuk mengenakan solekan mahupun mewarnakan kuku kerana setiap produk Zahara adalah mesra wuduk. Antara produkproduk yang boleh didapati di Zahara adalah Oxygen Nail Polish yang mengandungi formula terbaru dari Perancis yang mana Oxygen Nail Polish ini boleh menyerap air serta oksigen, maka anda tidak perlu lagi menanggalkannya sebelum berwuduk. Nail Polish Remover pula mempunyai span yang terbina di dalam bekas bagi
membersihkan kuku anda dengan lebih mudah dan ringkas. Produk ini juga adalah halal dan bebas dari alkohol dan acetone bagi memelihara kesihatan kuku. Matte Lip Cream pula adalah produk Zahara yang terkini dan ia juga halal dan mengandungi formula yang dapat melembapkan bibir agar kekal lembap sepanjang hari. Pigmentasi yang tinggi di dalam produk ini juga dapat membuatkan bibir anda kelihatan lebih seksi dengan hanya satu lapisan sahaja. Bagi melengkapkan rutin kecantikan, Zahara juga mempunyai produk solekan mata yang dikenali sebagai
Longwear Eyeliner dan Quattro Eyeshadow Palette. Bukan sahaja ia halal dan berprestasi tinggi, malah ia dilengkapi dalam pelbagai rona-rona yang menawan! Sila layari www.zahara.com untuk maklumat lanjut dan sudah tiba masanya untuk anda serlahkan diri!

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 31 Mei 2016

Click here if you have issue accessing the promo form above

The post EH! Promosi Mei 2016 appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment