Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza bersama produk kosmetiknya, Simplysiti berharap untuk mendekati wanita di Malaysia tentang pentingnya pencegahan kanser pangkal rahim atau serviks.
Bermula 1-31 Mei 2016, kempen yang diberi nama ‘Hope Campaign’ dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran pengesanan awal melalui ujian Pap Smear yang kerap. Hope Campaign adalah usaha bersama Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Guardian Pharmacy dan KPJ Healthcare Berhad untuk memperkukuhkan kesedaran mengenai peluang dan cara baru mencegah barah serviks dan menggalakkan wanita untuk mencegahnya menggunakan pelbagai kaedah.
Dalam tempoh itu, Siti mengumumkan, dengan setiap pembelian produk SimplySiti bernilai RM100 di rangkaian Guardian, pelanggan juga akan menerima Pek Istimewa Hope Campaign yang mengandungi:
- Hadiah Misteri Ekslusif Hope Campaign
- Tiket untuk menyertai Hope Awareness / Education Workshop 2016*
- Ujian Pap Smear bernilai RM40 (Harga biasa: RM70)
- Pakej Pemeriksaan Kanser Serviks bernilai RM150 (Harga biasa: RM220) – Rundingan daripada Doktor, Ultrasound Abdomen and Pelvis, Pap Smear
- Promosi harga istimewa untuk Pakej Vaksin HPV
Sementara itu, menurut Ketua Klinik Saringan Kanser & Kesihatan (NCSM), Dr Dalilah Kamaruddin, kanser serviks adalah barah kedua paling biasa di kalangan wanita selepas barah payudara di Malaysia.“Setiap dua minit, seorang wanita mati akibat kanser serviks di seluruh dunia,” katanya.
Foto: cancer.org.my / instagram: @ctdk
The post Datuk Siti Nurhaliza Dekati Wanita Hidapi Kanser appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment