Dipatuk ular, disengat lipan atau tebuan memang sesuatu yang sama sekali ingin dielakkan. Tetapi jika ia berlaku, anda perlu persiapkan diri dengan mengetahui apa perlu dilakukan.
Dalam apa jua situasi, elakkan panik supaya anda boleh berfikiran dengan tenang dan waras.
Tenangkan mangsa agar dia tidak bernafas dengan laju, bagi mengelak ‘racun’ lebih cepat mengalir dalam darah. Elakkan daripada banyak bergerak supaya dapat mengurangkan pengedaran darah yang terkena racun kepada seluruh tubuh.
Kenal pasti jenis ular bertujuan mengetahui jenis antivenin yang perlu diberikan kepada mangsa bila dibawa ke hospital. Tidakpun, ingat saiz, warna dan bentuk haiwan yang mematuk atau menyengat mangsa jika tidak tahu spesiesnya.
Lebih baik jika anda atau sesiapa yang berada di tempat kejadian dapat membantu merakam gambar haiwan berkenaan jika ia masih di situ.
Elak membasuh kawasan dipatuk atau disengat kerana bisa yang tertinggal boleh membantu pihak perubatan untuk mengenal pasti jenis patukan atau haiwannya.
Hubungi 999 dengan segera dan hantar mangsa ke hospital, elak berlengah supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk.
Elakkan daripada menyedut bisa itu keluar, kerana takut menjangkiti tisu mulut anda pula. Atau boleh memberi kesan jangkitan lebih teruk pada mangsa yang disengat atau dipatuk.
Jika anda adalah mangsa, jangan memandu sendiri ke hospital. Minta jiran atau teman untuk membawa anda ke wad kecemasan. Ini kerana kesan patukan mungkin beri kesan melesukan kepada tubuh anda.
Jangan makan ubat tahan sakit yang tidak mendapat kelulusan doktor kerana dalam kes sebegini mungkin ada kesan sampingan yang tidak diingini jika anda memandai buat keputusan sendiri.
Foto ING Image
The post Cara Kendali Dipatuk Ular, Disengat Lipan & Tebuan appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment