Kumpulan yang pernah menjadi fenomena di pentas AJL, Caliph Buskers telah membuktikan mereka mampu berdiri sendiri tanpa bersandarkan simpati atas kekurangan yang mereka miliki.
Selepas kejayaan single pertama mereka Hanya NamaMu, yang telah merangkul beberapa anugerah di pentas AJL dan juga sebagai lagu yang paling banyak didendangkan di pusat karaoke Redbox selain mendapat sambutan yang cukup membanggakan oleh seluruh peminat, mereka juga ingin buktikan mereka bukanlah kumpulan pemuzik yang bertahan atas tiket One Hit Wonder.
Caliph Buskers kini tampil dengan single solo kedua terbaru mereka bertajuk Kaulah Dia yang juga ciptaan dan terbitan sepenuhnya Edry Abdul Halim. Membawa genre pop kontemporari, Kaulah Dia menampilkan muzik yang lebih matang dengan iringan koir dan orkestra seterusnya membawa dimensi baru dalam muzik kumpulan Caliph Buskers.
Kaulah Dia’menceritakan sebuah kisah cinta agung, sesuai untuk dipersembahkan dalam pelbagai majlis, terutamanya Caliph Buskers yang sering memenuhi jemputan untuk majlis-majlis awam, sama ada perkahwinan atau majlis keramaian yang telah memenuhi jadual mereka sepanjang tahun ini.
Kaulah Dia secara rasminya telah dilancarkan pada 18hb April 2016 dan video liriknya boleh ditonton di laman YouTube KRU Music. Selain itu, lagu ini juga boleh mula dimuat turun di iTunes dan pelbagai platform muzik digital yang lain.
Foto: KRUMusic
The post Caliph Buskers Bukan ‘One Hit Wonder’ appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment