Tahukah anda, bau yang harum dan tubuh badan yang bersih mampu menjadikan hubungan intim anda bersama pasangan lebih berkualiti. Kebersihan perlu diutamakan sebelum anda bersama pasangan. Berikut ini antara bau yang perlu dihindari apabila bersama pasangan:
- Badan berbau
Jika badan sentiasa mengeluarkan bau yang menyengat hidung ketika berpeluh kerana rembesan hormon berlebihan, anda perlu melakukan sesuatu untuk membendungnya. Sentiasa menjaga kebersihan diri dengan mengganti pakaian dan mandi dengan sempurna (pastikan anda menggukanan sabun yang sesuai untuk kulit). Jika ingin ‘bersama’ pasangan, seelok-eloknya mandi terlebih dahulu kemudian semburlah wangian untuk bau lebih menyenangkan termasuk bahagian leher juga telinga.
- Rambut berbau
Ini mungkin anda tidak perasan, tetapi pasangan akan terbau rambut yang masam atau hapak apabila dia mengusapnya. Jadi, syampu rambut dan kemaskan dengan perapi agar kelihatan lebih terurus dan berbau harum.
- Kaki berbau
Kaki berbau kerana berada dalam keadaan lembap, kurang bersih, berkuman dan ini menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Justeru, janganlah lepas balik dari kerja, lemparkan kasut dan sarung kaki, terus memeluk pasangan anda dengan sisa bau kaki yang tidak menyenangkan. Basuh dan bersihkan kaki dahulu, pastikan kering serta tidak berbau. Jika perlu, boleh beli ubat di farmasi atau tip yang boleh mengurangkan bau kaki.
- Bawah lengan berbau
Masalah ini boleh jadi disebabkan rembesan hormon dan bau pada ketiak lenih dominan atau menonjol. Sama ada berbau tengik, masam, perit dan lain-lain, bau semula jadi yang dihasilkan tubuh. Di dalam beberapa kajian, ada individu yang gemar bau ketiak pasangannya dan menjadi faktor kemuncak keghairahannya. Bagaimanpun, sekiranya bau ketiak menjejaskan hubungan intim maka sesuatu perlu dilakukan seperti menggunakan deodorant, mandi lebih kerap atau mencari petua yang boleh menghilangkan bau itu (misalnya menggunakan limau nipis yang digosok pada ketiak ketika mandi).
- Nafas berbau
Masalah ini perlu diberi perhatian. Kebiasannya, nafas berbau kerana tidak menjaga kebersihan mulut, ada sisa makanan mahupun kerosakan gigi atau gusi. Nafas berbau menyebabkan pasangan berasa mual dengan bau mulut anda dan mungkin menolak diajak bersama. Jadi, gosok gigi, pakai pencuci mulut atau pewangi mulut sebelum bersama pasangan.
- Alat kelamin berbau
Ini bahagian sulit yang paling penting dan perlu diberi penjagaan rapi. Alat kelamin wanita khususnya memang memiliki bau tersendiri, malah baunya agak tajam. Bahagian masalah keputihan, gatal-gatal dan bengkak di sekitar faraj kerana tempat ini tersembunyi, lembap dan gelap. Bagaimanapun, tidak perlu menyemburnya dengan wangian kerana bimbang dijangkit kuman. Sebaliknya, anda perlu sentiasa jaga kebersihan alat kelamin termasuk menggunakan bahan pencuci yang sesuai. Bersihkan alat kelamin terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan intim bagi mengelakkan bakteria.
- Tangan bersih
Pastikan tangan anda sentiasa bersih dan gunakan losen badan agar pasangan berasa selesa dan nyaman ketika bersama.
Tulisan: Anis Mastura Remli, Jelita September 2013
Foto: 123rf.com
The post Bau Matikan Rasa Ghairah appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment