BAPA TEGUR BLACK JANGAN PERBODOHKAN DIRI?

BHPenyanyi Black Hanafiah memberitahu dia ditegur oleh bapanya agar menjaga tingkah laku dan tidak bersikap berlebih-lebihan ketika muncul di mana-mana program televisyen.

Black berkata, perkara tersebut ia merupakan teguran pertama bapanya sejak tujuh tahun dia bergelar artis.

“Selepas program Mentor Milenia lalu bapa ada telefon saya dan ingin berjumpa, ini pertama kali dia tegur saya secara serius dan memberi nasihat agar saya tidak membodohkan diri lagi seperti dalam program realiti berkenaan.

“Saya sudah jelaskan kepadanya bahawa ia hanya untuk menceriakan program, namun dia tidak mahu saya dikecam oleh penonton,” ujarnya.

Dia juga berjanji kepada bapanya untuk tidak bersikap demikian dalam mana-mana program pada masa akan datang.

“Sebagai orang tua saya faham perasaan dia bila lihat saya dikritik orang ramai. Dia juga terasa kalau orang kecam kelakuan saya.

“Teruk jugalah saya kena ceramah dalam kereta oleh ayah dan mak sebab perkara itu,” ujarnya.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment