Anak Shah Rukh Khan Bakal Ikut Jejak Bapanya?

Oleh : Farhana Fuad

 

srk-aryan-suhana-abram-7591

AbRam (kanan bersama Shah Rukh Khan)

Gambar: http://ift.tt/XrG5dl

 

Shah Rukh Khan bukan nama asing dalam dunia perfileman Bollywood. Filem lakonannya sudah ditonton jutaan manusia, bukan saja di India malah serata dunia. Kehebatan lakonannya sering memikat jiwa penggemar filem Bollywood termasuklah filem Dilwale yang membuatkan ada penonton menontonnya lebih dari sekali.

 

Kata orang mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Nampaknya bakat lakonan Shah Rukh Khan kini diwarisi anak-anaknya. Sebelum ini, Abram anak bongsu kepada aktor Bollywood  pernah muncul di program ‘Happy New Year’ di India. Namun dua orang anaknya lagi, Aryan dan Suhana masih belum pernah muncul di kaca TV.

 

_a6852fe0-82af-11e5-8fe0-54c761f0e0c7

Shah Rukh Khan bersama dua orang anaknya Aryan (tengah) dan Suhana (kanan)

Gambar: http://ift.tt/XrG5dl

 

Kini, angin bertiup kencang memabwa khabar yang Aryan bakal melakukan debut filem Bollywood. Shah Rukh Khan tidak keberatan memberi komen akan khabar angin tersebut.

 

Menerusi laman Twitter, seorang peminat Shah Rukh Khan mengemukakan satu soalan mengenai perancangan Aryan dalam industri Bollywood.

 

“Aryan dan Suhana perlu melanjutkan pelajaran. Jadi, untuk 5 ke 7 tahun akan datang, mereka akan fokus penuh pada pelajaran mereka sahaja,” balas Shah Rukh Khan di laman Twitter miliknya.

 

“Selepas itu, sekiranya mereka mahu menceburi dalam perfileman, saya benarkan. Setakat ini tiada sebarang perancangan untuk mereka menjadi seorang aktor atau aktres sehingga mereka tamat pembelajaran,” tambah Shah Rukh Khan lagi.

 

 

 

 

 

 

The post Anak Shah Rukh Khan Bakal Ikut Jejak Bapanya? appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment