5 Model Wanita Dengan Bayaran Tertinggi 2016

Oleh : Farhana Fuad

Gambar : TPGimages

 

Industri fesyen memberi peluang keemasan buat model-model terkenal dunia untuk mendapat bayaran yang tinggi setiap projek yang mereka jayakan. Seorang supermodel memainkan peranan penting dalam mempromosikan item atau produk yang digayakan (atau dipromosikan) untuk menarik lebih ramai konsumer.

 

Tidak kira dari segi koleksi fesyen, kosmetik termasuklah produk lain seperti kereta. Dengan menyediakan servis atau produk yang punya nilai tinggi pastinya mereka mendapat pulangan bayaran yang juga tinggi.

 

EH! senaraikan model yang mendapat bayaran tertinggi tahun ini.

 

1. Gisele Caroline Bundchen

 

Model Gisele Bundchen attends the CHANEL Dinner Celebrating N¡5 THE FILM by Baz Luhrmann in New York, NY, on October 13, 2014. (Photo by Anthony Behar/Sipa USA)

 

Supermodel yang juga seorang pelakon kelahiran Brazil ini kini menjadi ketua untuk United Nations Environment Program kerana setia menjadi duta. Untuk tahun ini, Gisele berjaya mencatat bayaran tertinggi iaitu sebanyak $47 juta US Dolar.

 

2. Doutzen Kroes

 

July 9, 2015 - Berlin, Germany - DOUTZEN KROES at the 'Mercedes-Benz Press Vernissage Fashion Show during the Mercedes Benz Fashion Week. (Credit Image: © face to face/ZUMA Wire)

 

Merupakan model kelahiran Dutch dan juga seorang pelakon serta pernah menyertai Victoria’s Secret Angel. Doutzen meninggalkan jenama pakaian dalam terkenal dunia ini pada tahun lalu dan ketika ini sedang bekerjasama dengan jenama L’Oréal Group. Dia mencatat rekod bayaran termahal pada hujung tahun lalu iaitu sebanyak $8 juta US Dolar.

 

3. Adriana Lima

 

Paramount Pictures & Vogue Present the World Premiere of "ZOOLANDER 2" Sponsored by Samsung February 09, 2016 - Alice Tulley Hall - Lincoln Center - New York - NY Featuring: Adriana Lima Where: New York, New York, United States When: 10 Feb 2016 Credit: Andres Otero/WENN.com

 

Adriana juga merupakan seorang model dan aktres dari Brazil. Dia juga pernah menyertai Victoria’s Secret Angel  sejak tahun 2000 lagi. Adriana juga pernah menjadi jurucakap untuk jenama barangan kosmetik Maybelline bermula tahun 2003 hingga 2010. Dia ketika ini mengumpul pendapatan sebanyak $48 Juta US Dolar sehingga tahun lalu.

 

4. Kate Moss

 

OIC - PHOTOBEATIMAGES.COM - Kate Moss attends the Burberry Prorsum Womenswear SS16 show at Kensington Gardens in London, England. 21st September 2015. Photo: Photobeat Images/OIC 07732 500674 - 0203 174 1069

 

Siapa tidak kenal Kate Moss.  Dilahirkan di Croydon, Greater London, pada mulanya, Kate ditemui oleh Sarah Doukas, pengasas Storm Model Management pada tahun 1988 di Lapangan Terbang JFK , New York. Ketika itu, Kate baru berusia 14 tahun. Sehingga hujung tahun lalu, Kate merekodkan bayaran sebanyak $7 Juta US Dolar.

 

5. Kate Upton

 

KATE UPTON @ the Stella McCartney Autumn 2016 presentation held @ Amoeba Musicl. January 12, 2016

 

Seorang model terkenal dari Amerika dan seorang aktres yang lahir pada tahun 1992 di St. Joseph, Michigan, Amerika Syarikat. Dia dikenali dengan aksi seksi termasuk kemunculannya di muka depan Sports Illustrated. Dia juga bekerjasama dengan jenama produk kosmetik Bobbi Brown dan Express Clothing. Hujung tahun lalu, Upton mencatat bayaran sebanyak $7 Juta US Dolar.

 

 

 

 

The post 5 Model Wanita Dengan Bayaran Tertinggi 2016 appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment