Trailer AADC2 Cipta Keterujaan

Oleh : Farhana Fuad

Gambar: Sumber Google

Video: YouTube Miles Film

 

 

1

 

Trailer filem Ada Apa Dengan Cinta 2 kini mula tersebar di sesawang internet dan media sosial. Penantian ramai untuk sambungan filem cinta romantis anak muda ini kini mula melonjak keterujaan dan sedikit sebanyak mengusik jiwa ramai yang punya memori manis kala filem ini dipertontonkan dahulu.

 

Menerusi trailer terbaru yang dikongsikan oleh Miles Film, dilihat Cinta (Dian Sastrowardoyo) kembali setelah 14 tahun bersama teman-teman rapatnya sejak dari bangku sekolah dan merancang sebuah perjalanan ke Jogjakarta. Sementara Rangga (Nicholas Saputra) pula menjalani kehidupannya di kota New York.

 

Apa yang membuatkan lagi tanda tanya ramai apabila sedikit sedutan filem AADC2 disertakan dalam trailer penuh di mana mempunyai satu babak Cinta dan Rangga duduk bersama di sebuah kedai kopi. Rangga berbicara kepada Cinta “Apa yang saya lakukan ke kamu itu nggak adil,” dan Cinta menjawab “Rangga, yang kamu lakukan ke saya itu jahat.”

 

Babak tersebut nyata menggambarkan situasi tegang antara dua pelakon utama filem AADC ini. Filem sequel AADC ini turut melakukan penggambaran di New York bersama 14 orang krew disertai 20 orang krew tempatan.

 

Filem Ada Apa Dengan Cinta 2 dijadualkan bakal berada di pawagam pada 28 April 2016, serentak di Indonesia, Malaysia dan Brunei. EH! kongsikan trailer video AADC2 untuk perhebatkan lagi keterujaan anda menantik filem cinta romantis ini tahun ini.

 

 

 

The post Trailer AADC2 Cipta Keterujaan appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment