SITI SARAH LUAH PERASAAN DIEJEK BURUK KERANA HIDUNG?

10903269_1714792242137355_1226202523_nBaru-baru ini penyanyi Siti Sarah Raissuddin melalui akaun Instagramnya memberitahu sejak kecil lagi terdapat individu yang menghina hidungnya dan perkara itu masih berlaku pada hari ini.

Sarah telah muat naik screenshot komen dua orang pengguna Instagram yang mengutuk wajahnya dan bercerita panjang mengenai pengalaman rupa parasnya dikutuk sejak kecil.

12724676_998618206884262_1004858784_n

Saya teringin sangat nak tau , sebagai manusia biasa , apakah yg akan anda lakukan sekiranya org megutuk dan meghina pada rupa anda?

Perkara ini berlaku pada saya bukan dari semlam atau dua tiga tahun lalu , perkara ini sudah lama berlaku dalam hidup Saya, saya mula menyedari yg saya tak sama macam org lain seawal saya bersekolah … Alah di panggil hodoh , badak ! Apa lah sangat .. Pada awal tadika ada budak panggil saya “hidung awak macam BABI” saya marah dan pangil die nenek kebayan ..hahahahah lalu budak tu marah dan menagis sebab saya panggil die nenek kebayan .. Ha biasa la budak2 ..

Masuk sekolah rendah sama jugak .. Tapi dah biasa , masuk sekolah menengah ? hampir setiap hari kene ejek HIDUNG HIDUNG HIDUNG , sampai kadg2 mengelak nak naik bas, tunggu dah tak ramai, baru naik bas.. Nasib baik ada kawan @yatie_zul n @azucarmoreena die org cakap , kau ala2 black , pernah terlintas d hati (aku nak pegi buat hidong ) supaya org dah tak boleh cakap lagi.. Tapi pk2 balik ,org tak kan berhenti bercakap, cantik macam mana pon org tetap akan kutuk , bila dah kawin besalin lagi org kutuk gile2 gemok, hidong besa , macam2 lagi ..

ini bahagian cerita saya yg sebenarnya ,banyak lagi tapi panjang sangat kalau saya nak tulis hahahah.. Saya tak penah becakp pon pasal bende ni.. Cuma kadang2 terkesan jugak ? tapi saya akan pk macam ni (AKu ada 3 org anak yg menganggap aku perempuan paling cantik dalam dunia hahahah dan aku ada suami maharajalawak hahahah memang bahagia hidup aku …. ) sekian

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku didalam budaya masyarakat kita, dan lebih menyedihkan, individu yang meninggalkan komen tersebut bagai merasakan diri terlalu sempurna.

Apa-apa pun Sarah, yang penting Shuib sayang! hehe

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment