PELAKON EMMA AKMA DEDAH PUNCA SEBENAR PENCERAIAN, HAMPIR BUNUH DIRI?

catsPelakon Emma Akma mengesahkan dirinya sudah sah bercerai talak satu dengan Omar Ramli selepas tujuh bulan mendirikan rumah tangga. Emma berkata, perceraian itu diputuskan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat pada 14 Januari lalu selepas beliau membuat permohonan cerai fasakh pada Ogos 2015.

“Selepas empat kali kes sebutan Omar tidak hadir, pihak Mahkamah memutuskan kami bercerai talak satu secara fasakh.

“Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dan menyifatkan perpisahan adalah jalan terbaik buat kedua-dua pihak. Saya juga menganggapnya sebagai rahmat selepas apa yang saya lalui sebelum ini,” katanya kepada BH Online.

Emma dan Omar mendirikan rumah tangga pada 9 Jun tahun lalu selepas dirancang oleh anak angkatnya, Dayang Izzati, 11. Dayang ialah anak Omar hasil perkahwinannya yang terdahulu. Bagaimanapun, Emma menjadikan kanak-kanak itu sebagai anak angkatnya sejak usianya setahun.

Sementara itu, Emma tidak menyangka perkahwinan yang diharap akan kekal ke akhir hayat hanya bertahan buat sementara selepas beliau mengetahui tujuan sebenar Omar ingin berkahwin dengannya.

“Selepas kami bernikah, saya terus ditinggalkan olehnya. Kemudian, saya memujuknya dan dia pulang untuk seketika.

“Saya mendapat tahu, rupa-rupanya ada sebab dia ingin berkahwin dengan saya, iaitu untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas anaknya semula. Terduduk saya apabila diperlakukan sebegitu,” ujarnya.

Ekoran kejadian terbabit, Emma mengaku dirinya mengalami kemurungan yang teruk, apatah lagi ketika itu beliau turut mengalami penyakit busung sehingga pernah berniat untuk membunuh diri. Bagaimanapun, Emma cuba memujuk diri agar cekal hati supaya dapat meneruskan kehidupan dan pada masa sama mahu dilepaskan secara baik.

Sudahlah saya ditinggalkan, dia tidak mahu menceraikan saya pula. Ditambah dengan penyakit busung yang saya terpaksa lalui sebelum ini, saya hampir bunuh diri.

“Mujur saya masih waras dan kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Sebagai langkah pertama, saya membuat laporan polis agar tidak diapa-apakan olehnya.

“Memandangkan dia tidak mahu melepaskan saya, saya mengambil tindakan dengan membuat permohonan fasakh pula. Alhamdulillah, kini saya bangkit semula,” tuturnya.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment