Pelakon popular Nur Fathia menepis gosip kononnya beliau bakal berkahwin dengan aktor Indonesia Baim Wong seperti yang dilaporkan oleh sebuah blog hiburan Malaysia.
Fathia menyangkal dakwaan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi dan menganggap berita itu adalah fitnah.
NOT TRUE. Next time tanya dulu please. tak baik sebarkan fitnah.Moga Allah lindungi kite semua dari fitnah.Amin.
Artikel yang dimuat naik oleh blog berkenaan diperolehi daripada penerbitan terkenal Indonesia, Okezone yang telah memetik kata kata Baim Wong bahawa aktor itu akan bernikah dengan wanita pilihan beliau pada tahun hadapan.
Malah, pihak Okezone juga ada memuat naik foto Baim bersama Fathia yang didakwa di berikan sendiri oleh Baim kepada mereka.
0 comments :
Post a Comment