Hukuman sebat tidak munasabah, terlalu berat – MEF

Shamsuddin-Bardan,sevat

PETALING JAYA: Cadangan kerajaan untuk mengenakan hukuman sebat kepada majikan yang melindungi pekerja asing tanpa izin dipertikaikan kerana dianggap tidak munasabah.

Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, hukuman sebat itu juga terlalu berat apatah lagi Malaysia sudah menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Katanya, keperluan kepada pekerja dan kos penggajian pekerja asing sah yang tinggi mendorong lambakan pekerja asing tanpa izin di negara ini, lapor akhbar China Press.
Shamsuddin berkata, kerajaan perlu menilai semula sama ada relevan atau tidak hukuman sebatan dan mempertimbangkan keperluan pembangunan negara ketika mengendalikan isu pekerja asing tanpa izin.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan memperkenalkan hukuman sebat kepada majikan dan ejen yang terbabit dalam pengambilan pekerjas asing tanpa izin.

Zahid berkata, langkah itu juga bagi menangkis tuduhan kerajaan cuba mengaut keuntungan daripada pengambilan pekerja asing.

Katanya, hukuman sebat akan dimasukkan dalam Akta Imigresen, Akta Pemerdagangan Orang dan Akta Penyeludupan Migran.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment