EH! Promosi April 2016

Celovis

MENANG!

Set aksesoris Celovis

BERNILAI RM 5938

celovis

INDEPENDENCE, ELEGANCE, CONTEMPORARY adalah ciri-ciri yang mewakili wanita abad ke-21. Setiap rekaan aksesori Celovis menggabungkan ketiga-tiga elemen ini bagi menghasilkan sesuatu yang feminin, unik dalam setiap rekaannya namun masih melambangkan kekuatan bagi memastikan setiap rekaan aksesori Celovis sesuai dengan cita rasa generasi kini. Setiap rekaan Celovis menggunakan batu Cubic Zirconia dengan gred tinggi dan setiap batu yang digunakan juga mempunyai sijil GIA lantas membuktikan setiap aksesori Celovis benar-benar serasi dengan berlian. Selain daripada batu Cubic Zirconia, Celovis juga menggunakan kristal Swarovski yang tulen dalam beberapa rekaan aksesori mereka.

Pada tahun 2015, Celovis berjaya mengadakan pameran antarabangsa yang pertama semasa Malaysia Fashion Week, dan sebagai salah satu peneraju dalam industri ini, Celovis berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang efisien, menghasilkan rekaan aksesori terbaik dengan kualiti yang hebat. Layari www.celovis.com ataupun Facebook: Celovis /Instagram Celovis_Jewelry
untuk maklumat lanjut.

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 30 April 2016

 

Click here if you have issue accessing the promo form above

 

Clinelle

MENANG!

Set produk Clinelle

BERNILAI RM 5953.70

clinelle

Pastinya ramai wanita inginkan kulit yang cerah, mulus, gebu dan berseri. Kulit yang cerah dan berseri umpama aset yang mampu memberi keyakinan kepada diri. Malang sekali, tidak semua dianugerahkan kulit yang cerah berseri dan semakin kita berusia, isu-isu seperti pigmentasi, jerawat dan tompok penuaan menjadi lebih ketara. Maka, permintaan bagi produk-produk mencerahkan kulit juga meningkat tetapi tidak semua produk kecantikan dapat memberikan hasil yang diingini bahkan ada juga yang merosakkan kulit. Oleh sebab itu, Clinelle komited melakukan penyelidikan berterusan dan akhirnya mereka berjaya mencipta rangkaian produk terbaru, Clinelle WhitenUp yang dapat mengimbangkan ton kulit wajah tanpa menjejaskan permukaan kulit. Diperkaya dengan ‘Japanese Purple Rice’ yang terkenal dengan kuasa mencerahkan kulit secara semula jadi, Clinelle WhitenUp turut mengandungi bunga Daisy dan Hydrolyzed Black Pearl yang berfungsi menyekat pembentukan melanin sambil melembapkan kulit. Rangkaian produk Clinelle WhitenUp terdiri daripada pembersih, penyegar, serum juga krim siang dan malam.

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 30 April 2016

 

Click here if you have issue accessing the promo form above

 

Esprit

MENANG!

Jam tangan Esprit

BERNILAI RM 5908

espritEsprit, salah satu jenama antarabangsa yang terkenal di pasaran. Ia diiktiraf di peringkat global sebagai jenama fesyen sesuai untuk mereka yang berjiwa muda dan cintakan gaya kasual. Pada tahun 1993, pengasas Esprit membuat keputusan untuk meluaskan empayar mereka dengan menghasilkan himpunan jam tangan sebagai salah satu rangkaian produk Esprit. Esprit Timewear merangkumi pelbagai jenis jam tangan tidak kira untuk lelaki mahupun wanita dan setiap jam tangan Esprit sesuai dipadankan dalam variasi gaya. Rekaan jam tangan Esprit mencerminkan gaya terkini tanpa meminggirkan identiti jenama tersebut. Antara rekaan jam tangan Esprit terbaru, ‘Cuff Chic ES106782003’ bukan sahaja boleh menentukan masa, saiznya yang kecil dengan bentuknya yang bulat dengan lampiran D-ring yang menarik membuat ‘Cuff Chic ES106782003’ salah satu aksesori yang cool dan bergaya. Reka bentuk cuff yang moden dengan menggunakan kulit yang lembut, cukup sempurna dan sesuai dililit pada pergelangan tangan anda.

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 30 April 2016

 

Click here if you have issue accessing the promo form above

 

Murad

MENANG!

Set produk White Brilliance

BERNILAI RM 6528

murad web

Bunga porselin yang juga dikenali sebagai Hoya Lacunosa yang ditanam di Asia selalu digunakan dalam perubatan tradisional Cina sebagai anti-radang, mencerahkan kulit dan juga memulihkan luka pada permukaan kulit. Murad, yang terkenal dengan rangkaian penjagaan kulit mereka dan keberkesanannya kini tampil dengan rangkaian terbaru, White Brilliance sesuai untuk mereka yang inginkan kulit putih dan mulus. Rangkaian ini terdiri daripada 4 jenis produk iaitu:-
• White Brilliance Cleansing Cream

Pembersih muka yang lembut pada kulit yang mana ia mengandungi ekstrak bunga porselin untuk mencerahkan kulit serta gabungan omega-6 essential lipid yang menghidratkan kulit manakala jojoba ester pula untuk melicinkan tekstur kulit agar kekal mulus.
• White Brilliance Luminous Essence
Esen yang juga berfungsi sebagai serum ini mengandungi alga merah dan ekstrak Indian fig berfungsi untuk membantu dalam proses pembaharuan sel-sel kulit sambil mengurangkan penampilan garis-garis halus. Sementara itu, ekstrak akar kunai digunakan untuk menghidratkan kulit manakala ekstrak bunga porselin sekali lagi dicampur dalam rumusan bagi mencerahkan kulit.
• White Brilliance Porcelain Serum
Gabungan ekstrak bunga porselin dan teh hijau mencerahkan dan menegangkan kulit, manakala kompleks peptide hexalucent pula untuk menyerikan wajah.
• White Brilliance Luminous Shield SPF50PA++++
Losen UV yang ringan ini juga dipercikkan dengan ekstrak bunga porselin, dan juga ekstrak anggur bagi melindungi kulit daripada sinaran UV.

 

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 30 April 2016

 

Click here if you have issue accessing the promo form above

 

Silkygirl

MENANG!

Hamper barangan SilkyGirl

BERNILAI RM 6000

silkygirl

Wanita ingin sentiasa kelihatan cantik dan solekan mampu menyerlahkan lagi paras rupa mereka. Salah satu kepentingan dalam menyerikan solekan anda terletak pada solekan kening. Kini, dengan SilkyGirl Expert Brow Slim Liner, solekan pada kening lebih sempurna dengan saiz muncungnya yang tipis iaitu 1.8mm, memberi kawalan rapi dalam membentuk kening agar kelihatan ‘natural’. Ianya mudah digunakan dan juga kalis air, supaya tahan lebih lama. Expert Brow Slim Liner juga dilengkapi dengan berus spoolie pada hujung penggaris mata untuk mendapatkan bentuk kening yang lebih rapi.
Penampilan wajah lebih menyerlah dengan bentuk bibir yang lembut dan warna yang menarik. SilkyGirl Moisture Boost Lipcolor Balm mudah dioles pada bibir dengan bentuk pensel dengan muncung tajam tanpa perlu diasah. Gabungan vitamin A,C dan E memastikan bibir kekal lembut dan dilindungi dari sinaran UV. Moisture Boost Lipcolor Balm juga bebas dari sebarang wangian, carmine, paraben atau ujian ke atas haiwan. Warnai bibir anda dengan 6 rona paling laris kami iaitu Latte, Coral, Rose, Poppy, Ruby atau Wine dan kini dengan warna baharu Orchid, Mauve dan Blush!

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 30 April 2016

 

Click here if you have issue accessing the promo form above

 

The post EH! Promosi April 2016 appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment