DITANYA SOAL RUJUK, INI JAWAPAN FASHA SANDHA?

catsPelakon Fasha Sandha nekad tidak akan kembali kepada bekas suami, Jejai seperti yang diharapkan oleh para peminat. Fasha bagaimanapun bersyukur kerana peminat sentiasa mendoakan kebahagiaannya.

“Terima kasih kepada peminat yang mendoakan kebahagiaan saya dan berharap agar kami berbaik. Ramai juga yang bertanyakan tentang perkara ini kepada saya selepas Rizal memuat naik gambar saya sempena ucapan hari lahir buat saya.

“Sejujurnya, setakat ini saya hanya terima Rizal sebagai ayah kandung kepada kedua-dua anak saya. Saya tidak bercadang untuk kembali bersama Rizal dan keluarganya,” katanya.

Tambah Fasha, sejak bercerai dengan Jejai pada 20 Januari lalu, kehidupannya kini semakin tenang.

“Kehidupan saya lebih tenang sekarang selepas saya berpisah kerana berpisah adalah jalan yang terbaik. Saya percaya kepada prinsip saya iaitu cinta tidak semestinya bersatu.

“Walau bagaimanapun, itu semua adalah takdir Allah Taala dan saya bersyukur dengan apa yang berlaku,” katanya.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment