Bekas-Isteri-Jimmy-Shanley-Dipenjara-3-HariMemetik sumber Sinar Harian, Mahkamah Rayuan Syariah mengekalkan hukuman penjara terhadap bekas isteri pengacara Jimmy Shanly yang mengingkari perintah berhubung hal lawatan dan bermalam membabitkan anak mereka.

BEKAS ISTERI JIMMY SHANLEY DIPENJARA 3 HARI | Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Syariah bersidang yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Tan Sri Dr Ibrahim Lembut, bagaimana pun sebulat suara bersetuju mengurangkan jumlah penjara daripada tujuh hari ke tiga hari.

Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Datuk Aidi Moktar yang membacakan keputusan itu menolak permohonan Nursuhaila Eliani untuk mengetepikan perintah komital (pemenjaraan)  dengan alasan Mahkamah Tinggi Syariah telah memberi ruang dan peluang untuk perayu membela diri.

“Hukuman penjara itu juga tidak melanggar peruntukan undang-undang MAL Selangor,” katanya.

Mahkamah memerintahkan Nursuhaila Eliani menjalani hukuman itu bermula hari ini di Penjara Wanita Kajang.

Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 dan mula tinggal berasingan selepas  20 hari pernikahan mereka atas alasan tiada persefahaman. Pasangan itu kemudian sah bercerai pada Oktober 2012.

Pada 28 Januari 2015, mahkamah memerintahkan NurSuhaila Eliani menjalani hukuman penjara selama tujuh hari namun peguam, Saadiah Din yang mewakili anak pengasas produk kosmetik itu memohon penangguhan mahkamah bagi memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.