‘Kalau Haram, Hanya Untuk Kafir, Diam Jela’ – Lelaki Ini Kesal Netizen Sebar Kebencian Menjelang Krismas

Perbahasan tentang pengharaman sambutan Krismas kepada Muslim akan berulang setiap tahun menjelang 25 Disember. Isu ini akan tetap dimainkan setiap tahun sehingga membuatkan penganut Kristian ada yang terasa hati dengan keadaan itu.

Artikel berkaitan: ‘Akidah Anak Perlu Dijaga’ – Dikecam Raikan Christmas, Ini Respon Aeril Zafrel

Seorang lelaki, Duncan Philips meluahkan betapa tidak sihatnya amalan berkenaan kerana seperti menyebarkan kebencian terhadap orang lain dan kepercayaan mereka.

Saya tak pernah benci Hari Raya

Menurut Duncan yang meninggalkan komen panjang lebar di Instagram Aeril Zafrel, dia sebagai penganut Kristian tidak pernah membenci Hari Raya. Malahan dia turut teruja memakai baju Melayu dan melawat rakan-rakan Muslim setiap kali Raya.

Ujarnya, rakyat Malaysia di bawah gagasan 1 Malaysia sepatutnya berkongsi kegembiraan bersama apabila tibanya sesuatu perayaan. Pesan lelaki ini lagi, jika tidak menyukai Krismas dia menyarankan kita mendiamkan diri dan tidak menyebarkan kebencian kepada orang lain.

Banyak benda lagi haram tapi orang amalkan

Respon kepada komen negatif diterima Aeril Zafrel

Sebelum ini, Aeril Zafrel dituduh dengan pelbagai tohmahan daripada netizen yang tidak berpuas hati hanya kerana pelakon itu memuat naik gambar anaknya di samping pokok Krismas. Tambah panas, ada yang siap menuduhnya Nasrani dan tidak menjaga akidah anaknya itu. Sampai macam tu sekali berat kecaman diterima.

Netizen ucap selamat menyambut Krismas

Sumber: Duncan Philips

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment