Dua Beradik Jadi Mangsa Gangguan Seksual Kenalan Ibu Yang Gemar Bawa Mereka Jalan-Jalan

Kes gangguan seksual terhadap kanak-kanak perlu diambil tindakan berat. Hal ini kerana ia memberi impak kepada masa depan kanak-kanak yang menjadi mangsa. Sama-sama kita banteras kegiatan gangguan seksual tidak kira terhadap kanak-kanak ataupun dewasa dengan melaporkan kepada pihak berwajib.

Menerusi Harian Metro, satu kes gangguan seksual telah berlaku ke atas dua beradik di kedai ibunya di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu. Mangsa dipercayai menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang lelaki yang dikenali keluarga mangsa.

Memaksa melakukan seks oral

Kejadian ini terbongkar apabila kedua-dua mangsa enggan pergi ke kedai ibunya kerana tidak mahu berjumpa dengan tertuduh. Mangsa kemudianya menceritakan kepada ibunya apa yang terjadi kepada mereka berdua.

Mangsa seorang kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun dipaksa melakukan seks oral ke atas tertuduh yang berusia 44 tahun. Selain itu, tertuduh turut cuba memasukan kemaluannya ke dalam punggung adik lelaki mangsa berusia lima tahun.

Cuba memasukkan kemaluan ke punggung

Wanita itu yang mengesyaki sesuatu kemudian bertanya sebelum anak perempuannya memaklumkan lelaki itu pernah memasukkan kemaluan ke dalam mulutnya.

Pada masa sama, anak lelakinya turut memaklumkan lelaki itu cuba memasukkan kemaluannya ke dalam punggungnya ketika mandi.

Lelaki itu turut mengarahkan dua beradik itu tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa termasuk ibu mereka, katanya.

Sudah mengenali tertuduh sejak lima tahun

Menurut sumber, ibu kepada mangsa telah mengenali tertuduh sejak lima tahun yang lalu dan tertuduh selalu meluangkan masa bersama anaknya itu. Berikutan kejadian tersebut, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff membenarkan suspek direman tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber: Harian Metro

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment